Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Sedap dan Mudah
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Sedap. INGIN menu yang ringkas dan mudah disediakan, apa kata cuba resipi sambal cili ikan bilis petai. Sudah tentu hidangan ini dapat membuka selera anda lebih-lebih apabila dimakan bersama nasi panas dan telur goreng bersama kicap.
Sambal Petai Dan Ikan Bilis
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Sedap dan Mudah
Anda boleh masukkan petai di akhir proses masak jika lebih suka petai yang masih mempunyai tekstur rangup apabila dimakan.
Bahan-bahan:
- 4 genggam ikan bilis digoreng dulu
- 4 senduk nasi cili kering siap blend
- Ikan bilis mentah amik sikit je then tumbuk
- Petai
- Sedikit air asam jawa
- Minyak menggoreng
- Garam dan gulasecukup rasa
- 1biji Bawang besar
- 3 biji Bawang merah
- 2 ulas Bawang putih
Cara menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis Petai:
- Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan.
- Blend kemudian tumis bahan A sampai naik bau guna minyak yg sama.
- Masukkan ikan bilis mentah yg ditumbuk sikit tadi
- Masukkan cili blend dan masak sebentar sampai naik minyak.
- Masukkan air asam jawa, petai, garam dan gula - masak sekejap then rasa
- Biar menggelegak seketika dengan api sederhana kecil
- Campurkan ikan bilis yang dah digoreng awal tadi - gaul sekejap dan tutup api.
Tips:
Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan kisar halus hendaklah dimasak di dalam minyak yang agak banyak sehingga sambal pecah minyak. Dengan cara ini, sambal akan masak dengan sempurna, wangi serta tahan lama. Anda boleh buang lebihan minyak selepas sambal sudah masak nanti.
Selamat mencuba Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Sedap dan Mudah.
Tiada ulasan