Apa itu Metaverse? Penjelasan dan Cara Memahaminya
Apa itu Metaverse? Penjelasan dan Cara Memahaminya. 'Metaverse' merupakan istilah yang luas. Ia lazimnya merujuk kepada sekitaran dunia maya yang dikongsi, yang boleh diakses melalui Internet.
Istilah itu boleh merujuk kepada ruang digital yang dijadikan umpama dunia sebenar menerusi penggunaan realiti maya (VR) atau realiti terimbuh (AR).
Apa itu Metaverse? Penjelasan dan Cara Memahaminya
Sesetengah individu juga menggunakan istilah 'metaverse' untuk menggambarkan dunia permainan video, yang mana para pemain boleh mewujudkan watak yang boleh berjalan dan berinteraksi dengan para pemain yang lain.
Terdapat juga jenis khusus metaverse yang menggunakan teknologi 'blockchain'. Jenis metaverse sedemikian membolehkan para pengguna untuk membeli tanah secara maya dan aset-aset digital yang lain menggunakan mata wang kripto.
Apa itu NFT? Ini Cara Buat Duit di NFT
Kebanyakan buku cereka sains dan filem ditempatkan sepenuhnya dalam sekitaran metaverse - iaitu dunia digital alternatif yang tidak berbeza daripada dunia sebenar. Namun, ia masih merupakan bahan cereka. Buat masa ini, kebanyakan ruang maya kelihatan lebih seperti sekitaran permainan video berbanding dunia sebenar.
MENGAPA METAVERSE SEMAKIN MENDAPAT PERHATIAN?
Para peminat metaverse menganggapnya sebagai peringkat seterusnya perkembangan Internet.
Buat masa ini, orang ramai berinteraksi antara satu sama lain menerusi wadah online dengan melungsuri laman seperti wadah-wadah media sosial atau aplikasi mesej.
Idea di sebalik metaverse ialah ia mewujudkan ruang online baru yang menawarkan pengalaman interaksi dalam pelbagai dimensi kepada para pengguna, yang mana mereka boleh menyerap diri mereka ke dalam kandungan digital itu daripada sekadar menontonnya.
Pandemik COVID-19 juga dilihat sebagai pendorong yang meningkatkan minat orang ramai kepada dunia metaverse. Sedang lebih ramai orang mula bekerja dan melakukan pembelajaran dari rumah, terdapat permintaan yang meningkat bagi cara-cara untuk menjadikan interaksi online lebih hidup.
SIAPA YANG TERLIBAT METAVERSE?
Idea metaverse itu menarik minat yang tinggi daripada para pelabur dan syarikat yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada trend baru tersebut.
CEO Facebook Mark Zuckerberg berkata pada Julai lalu bahawa syarikat itu akan cuba membuat peralihan daripada sebuah syarikat media sosial kepada syarikat metaverse dalam tempoh sekitar lima tahun akan datang.
Para pemuzik juga boleh menganjurkan konsert secara maya menerusi wadah-wadah tersebut. Misalnya, pada September lalu, berjuta-juta orang menonton konsert penyanyi Ariana Grande yang diadakan secara maya di Fortnite, menurut Epic Games.
Syarikat-syarikat fesyen terbesar di dunia juga sedang melakukan percubaan menawarkan pakaian maya, yang mana avatar para pengguna boleh mencuba pakaian dalam sekitaran metaverse.
Sumber : Reuters/HA/ha. Apa itu Metaverse? Penjelasan dan Cara Memahaminya
Tiada ulasan