Cara Buat Coconut Shake Viral Yang Sedap
Admin kali ini ingin berkongsi Resepi Coconut Shake Viral. Sudahlah terik pukul 12 tengah hari. Dalam kereta pasang air cond pun terasa panas. Kerja duk dalam office pun terasa panas. Apalagi yang kerja tak ada aircond. Siaplah mandi peluh dan dahaga. Panas-panas macam gini memang lebih puas kalau dapat minum yang sejuk-sejuk.
Resepi Coconut Shake Viral
Coconut shake lah pilihannya! Konfirm boleh hilangkan dahaga anda. Rasai segar air kelapa dan isinya yang anda sedut terus masuk ke dalam tekak anda. Membuat tenaga anda seperti diisi kembali. Rasa manis dan kental aiskrim vanilla.
Cara Buat Coconut Shake Yang Sedap
Coconut Shake ni adalah antara minuman yang menyegarkan selepas makan tengahari. Cubalah Resepi Minuman ini.
Penyediaan: 15 Minit | Jumlah Hidangan: 1-2 Orang
Bahan-bahannya:
1 gelas air kelapa muda
3 sudu isi kelapa muda
1 scoop ais krim vanila
sedikit air batu
Cara menyediakan Coconut Shake:
1. Masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. kisar hingga hancur.
2. Tuang ke dalam gelas. Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang. Cara Buat Coconut Shake Viral Yang Sedap
2. Tuang ke dalam gelas. Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang. Cara Buat Coconut Shake Viral Yang Sedap
Tiada ulasan