Apa itu NFT? Ini Cara Buat Duit di NFT
Apa itu NFT? Ini Cara Buat Duit di NFT. Korang masih lagi tertanya-tanya apa itu NFT? Bila on je media sosial tak kiralah Facebook, Twitter, Instagram atau TikTok, mesti korang nampak banyak perbualan atau konten mengenai NFT ni.
Apa itu NFT? Ini Cara Buat dan Jual NFT
Dalam artikel ini, Qoala akan menjelaskan 4 fakta menarik yang korang wajib tahu tentang NFT ini dan juga bagaimana ia akan memberi impak kepada kehidupan kita semua nanti.
Apa Itu NFT Sebenarnya dan Bagaimana Ia Berfungsi?
Non-Fungible token atau lebih dikenali dengan nama glamour nya NFT ini merupakan token digital yang membolehkan korang untuk menjual dan membeli hak milik aset digital.
Contoh NFT adalah seperti lukisan, muzik, animasi, GIF, video, kosmetik dalam permainan video, dan tiket konsert.
“Non-fungible” bermaksud ia adalah unik dan tak boleh digantikan dengan sesuatu yang lain dalam kategori yang sama. Sebabnya nilai yang berbeza-beza dan harga bergantung pada mana-mana pembeli yang sanggup membayar .
Contoh non-fungible adalah seperti aset macam berlian, lukisan atau tanah mempunyai keunikan tersendiri dan nilainya boleh berubah-ubah.
Untuk “fungible” pula, ia boleh ditukar-tukar sebab nilainya sama je. Contohnya macam bitcoin, satu bitcoin bersamaan dengan satu bitcoin atau duit RM50 sama dengan RM50. Crypto juga merupakan salah satu contoh fungible. Maksudnya kalau korang tukar pun sama je nilainya.
Berbalik pada NFT, seperti yang Qoala jelaskan tadi, ia merupakan produk atau aset digital. Lagi satu yang korang kena tahu NFT ini digabungkan dengan teknologi blockchain.
Blockchain ini membolehkan maklumat digital direkodkan dan diedarkan tetapi tak boleh diedit. Maksudnya aset digital yang dimiliki itu asli dan tak ada unsur tokok tambah dan sebagainya. Bukan seperti crypto, ia tidak boleh ditukar sebab nilai yang berbeza.
Kalau korang nak mudah faham bagaimana NFT ni berfungsi, bayangkan korang ni ada sebuah digital art yang mempunyai keunikan tersendiri dan ia menjadi viral.
Tapi biasalah lukisan secara online ini mudah je “dicuri” dan kebiasaannya tak ada kredit diberikan kepada korang.
Jadi, dengan adanya NFT, karya seni pereka artis ini dilindungi dan digital art korang ini dianggap sebagai aset digital yang mempunyai nilai yang tersendiri.
4 Fakta Menarik Tentang NFT
Sekarang korang dah faham apa maksud NFT, sekarang Qoala nak kongsikan 4 fakta menarik mengenai NFT pula.
Mengapa NFT Mempunyai Nilai Yang Tinggi?
Macam mana NFT ni nilainya tinggi sangat dan ada yang sanggup membeli sehingga berjuta-juta ringgit? Siapa sebenarnya yang menetapkan harga sebuah aset digital ini?
Aset NFT tidak disertakan dengan label harga, maka ini bermakna nilainya adalah spekulatif semata-mata. Maksudnya di sini, nilainya bergantung pada pasaran, penawaran dan permintaan.
Secara ringkasnya, ia berfungsi seperti semua komoditi lain, di mana mesti ada permintaan untuk ia mempunyai nilai.
Satu lagi faktor yang mendorong nilai NFT adalah ianya eksklusif dan rare. Ini bermakna tak semua orang mampu dan boleh memilikinya.
Ini bermakna penjual boleh menetapkan harga karya seni mengikut kehendak dan pembeli yang sanggup akan membayar kos itu untuk mendapatkan pemilikan aset digital NFT ini.
Senarai NFT Yang Popular Dan Bernilai
Jom kita tengok antara transaksi NFT yang popular dan antara yang termahal dalam sejarah setakat ini.
Pada tahun 2021, Co-founder Twitter, Jack Dorsey telah mengadakan lelongan untuk menjual tweet pertama dalam sejarah Twitter sebagai NFT.
Menurut CNBC, tweet tersebut telah dijual sebanyak $2.9 juta (RM12.1 juta) kepada seorang individu untuk memiliki tweet itu.
Ini Cara Buat Duit di NFT
Video asal “Charlie Bit My Finger,” video ikonik yang pernah viral satu ketika dulu pada tahun 2007 telah dijual sebagai NFT dengan harga $760,999 (RM3.18 juta).
Kalau korang cuba mencari video asli ini dengan tontonan mempunyai hampir 900 juta tontonan di Youtube, korang tak akan jumpa sebab ia telah dikeluarkan dan dari platform tersebut.
Yang korang akan jumpa cuma video-video salinan seperti ini dan bukan video yang asal.
“Disaster Girl” meme daripada foto Zoë Roth pada 2005 melihat sebuah rumah yang terbakar di kawasan kejiranannya, dijual pada tahun 2021 dalam lelongan NFT dengan harga $500,000 (RM2.09 juta) .
Nyan Cat, animasi seekor kucing terbang dengan Pop-Tart yang meninggalkan jejak pelangi, dijual pada harga kira-kira $590,000 (RM2.46 juta)
Jangan salah faham, pembeli-pembeli NFT tak memperoleh hak cipta, cuma mereka tertarik dengan idea yang mereka mempunyai salinan digital yang asli. Pembeli NFT memiliki beberapa baris kod yang membuktikan dia pemilik aset digital yang unik.
Bagaimana pula dengan situasi NFT di Malaysia sekarang ini?
Boleh dikatakan ia telah berkembang dengan laju dengan pengkarya-pengkarya tempatan telah menjual NFT dan mendapat pulangan yang lumayan sehingga berjuta-juta ringgit.
Red Hong Yi telah menjual karya “Doge to the Moon” dengan harga RM325,000.
“Apes stand strong” oleh Katun yang merupakan yang merupakan sebahagian daripada jualan berjumlah RM1.6 juta.
Tambahan pula, banyak juga marketplace yang memudahkan transaksi NFT. Trend ini dijangkakan akan terus berkembang dan berkembang di Malaysia.
Kalau korang berhasrat nak cipta NFT atau membeli NFT, pastikan buat research yang secukupnya sebab perubahan dari segi undang-undang mungkin akan berlaku.
Baik dan buruk NFT
Seperti mana-mana pembelian karya seni lain, apabila korang membeli NFT, korang sedang membuat pelaburan.
Seperti mana-mana pelaburan, terdapat kebaikan dan keburukan untuk dipertimbangkan sebelum melabur duit korang untuk karya digital.
Kebaikan NFT
Ada potensi harga akan terus naik dan boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi.
Peluang untuk pengkarya menjana pendapatan yang lumayan
Mempunyai hak milik digital kepada sesuatu yang unik dan tak boleh diganti atau dicari di tempat lain.
Keburukan NFT
Nilai yang tak menentu sebab pembeli NFT tak ada hak cipta, cuma hak milik. Pemilik tak boleh menghalang salinan lain di platform internet.
Yuran gas NFT yang tinggi. Ini bergantung pada penawaran dan permintaan.
Boleh kehilangan NFT sekiranya aplikasi atau platform yang menyimpan aset digital anda gagal untuk berfungsi ataupun penggunaannya diharamkan
Seperti pelaburan yang lain NFT mempunyai risiko-risiko yang tersendiri. Kalau korang nak melibatkan diri, Qoala nasihatkan supaya tambahkan ilmu melabur, membeli dan menjual di platform NFT.
Kalau sebelum ini korang kurang jelas dan tak tahu apa itu NFT, diharapkan artikel ini dapat sedikit sebanyak bantu korang untuk faham bagaimana transaksi dan urusan NFT ini dilakukan.
Sumber: Qoala. Apa itu NFT? Ini Cara Buat dan Jual NFT
Tiada ulasan