• Resepi Nasi Minyak Terengganu Simple dan Sedap

    Resepi Nasi Minyak Terengganu Simple dan Sedap

    Admin ingin berkongsi resepi masakan iaitu Nasi Minyak Terengganu. Nasi Minyak Terengganu ini cukup terkenal di pantai timur khususnya di Terengganu. Selamat mencuba resepi masakan ini...

    Resepi Nasi Minyak Terengganu Simple dan Sedap

    Resepi Nasi Minyak Terengganu 


    Bahan-bahan :
    • 1 sudu bawang mesin
    • 2 sudu Butter cup
    • 1 biji bawang besar di potong mayang
    • 1/2 tin susu cair
    • 3cm halia di ketuk
    • Minyak masak
    • Pewarna
    • 4 cawan Beras
    • 4 cawan air
    • 2 helai daun pandan
     Rempah kasar
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 5 biji bunga cengkih
    • kulit kayu manis

    Cara masak Nasi Minyak Terengganu Simple

    1. Panaskan kuali, masukkan butter cup bersama minyak masak.
    2. Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau.
    3. Masukkan bawang  mesin dan bawang besar yang  dimayang bersama halia .
    4. Tumis hingga bawang  sedikit garing. Masukkan daun pandan.
    5. Masukkan susu cair dan 1 cawan air. Biarkan ia mendidih sekejap.
    6.  Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 2 cawan lagi air.Biarkan ia mendidih seketika.
    7. Masukkan beras yang telah  siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan sedikit pewarna.
    8. Masukkan sedikit garam.Tunggu hingga nasi masak.
    9. Sedia dihidang.

    Resepi Nasi Minyak Terengganu Sedap 2

    Nasi minyak terengganu adalah makanan yang biasa disediakan di majlis kenduri kahwin sebagai sarapan pagi. jom kita layan resepi sedap dibawah.

    Bahan Nasi Minyak


    1 kg beras siam
    4 ulas bawang putih - mayang
    2 sudu besar marjerin
    2 sudu besar minyak masak
    2 cm halia - hiris
    125 ml susu cair
    1 biji bawang besar - mayang
    1 1/4 liter air
    1 sudu besar minyak sapi
    1 helai daun pandan
    garam secukupnya
    Bahan Tumis Nasi
    3 kuntum bunga lawang
    3 biji buah pelaga
    2 kuntum bunga cengkih
    1 batang kulit kayu manis
    Bahan Gulai
    1 ekor ayam - potong mengikut selera
    3 sudu besar cili giling
    3 biji kentang dibelah
    125 ml santan pekat
    3 sudu besat rempah kari
    20 ml air asam jawa
    2 sudu besar kerisik
    air secukupnya
    gula melaka, garam, dan gula secukup rasa

    Bahan Tumis Gulai Nasi Minyak


    3 kuntum bunga cengkih
    3 kuntum bunga lawang
    1 batang kulit kayu manis
    3 biji buah pelaga
    Bahan Kisar gulai
    1 cm lengkuas
    1 cm halia
    4 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 ulas bawang kunyit putih
    Cara Memasak Nasi Minyak Terengganu

    Masak Nasi Minyak Terengganu

    1. cuci bersih beras kemudian toskan. kemudian panaskan minyak bersamaminyak sapi dan marjerin.

    2. tumis bahan tumis nasi bersama bawang putih, halia, bawang besar, dan daun pandan hingga wangi.

    3. kemudian masukan air dan kacau rata hingga biarkan mendidih. selepas mendidih masukan beras, garam, dan susu.

    4. akhir sekali, kacau rata dan biarkan nasi masak

    Masak Gulai

    1. panaskan minyak dalam kuali kemudian bahan tumis gulai bersama cili giling. masak hingga wangi dan garing.

    2. kemudian masukan bahan kisar dan kacau rata. bila sudah garing masukan rempah kari yang dibancuh bersama air dan kacau rata hingga naik minyak.

    3. masukan ayam bersama kentang dan air asam jawa. biarkan masak sebentar kemudian masukan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.

    4. perasakan dengan gula melaka, garam, dan gula secukupnya biarkan hingga kuah pekat dan mendidih. gunakan api sederhana supaya ayam masak sempurna

    5. akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi minyak dan acar timun mentah..

    Selamat mencuba Resepi Nasi Minyak Terengganu Simple dan Sedap


    Tiada ulasan

    Post Top Ad