• Resepi Nasi Hujan Panas dan Lauknya

    Resepi nasi hujan panas dan lauknya ni sangat sesuai untuk hidangan merai tetamu. makanan ini sangat sedap bertambah tertarik kerana warnanya yang cantik dan warna-warni. warna yang ceria juga sangat sesuai kalau nak buat majlis perkahwinan atau kenduri.

    resepi nasi hujan panas sangat ringkas dan boleh juga untuk menu juadah berbuka puasa nanti. biasanya kami sekeluarga makan dengan ayam masak merah atau ikan keli goreng berlada sebagai lauknya.


    Resepi Nasi Hujan Panas


    sebenarnya saya ingin kongsikan resipi ini semalam.. tapi maklumlah saya sibuk kerana harus mengurus suami dan anak-anak. memang sangat mudah untuk menyediakan resepi nasi ini dan ia sesuai dijadikan juadah istimewa untuk keluarga tersayang.

    ketika saya membuat resepi ini saya menggunakan dapur gas sila sesuaikan bila anda nak gunakan rice cooker kerana caranya sama sahaja. jom kita layan resepi sedap dibawah.

    Bahan-Bahan
    • 3 - 4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 25 minit kemudian toskan
    • 3 cawan air
    • 4 ulas bawang merah - tumbuk
    • 2 ulas bawnag putih - tumbuk 
    • 2 helai daun pandan - simpul
    • hirisan ketumbar, gajus dan kismis
    • 1 cm halia - tumbuk
    • 1 kiyub ayam maggie
    • 1 cawan susu cair
    • minyak masak atau butter
    • pewarna merah, hijau dan kuning
    • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)
    Cara Masak Nasi Hujan Panas

    1. panaskan minyak atau butter kemudian tumis bahan tumbuk bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau dan masukan daun pandan simpul dan biarkan sekejap

    2. masukan kiub ayam dan air. biarkan mendidih kemudian masukan susu cair bersama beras, gaul sebati dan bairkan nasi hingga kering. untuk mengelakan hangit kacau sekali kala

    3. selepas nasi sudah kering kecilkan api kemudian buat lubang kecil-kecil menggunakan sudu dan titiskan warna merah. hijau, dan kuning.

    4. akhir sekali, tutup periuk supaya nasi masak sepenuhnya dan bila sudah masak gembur-gemburkan nasi dan taburkan daun ketumbar, gajus, dan kismis.

    untuk lauknya anda boleh menggunakan ayam masak madu, ayam masak merah, atau ikan keli berlada. bagaimana ringkas sangat kan resepi nasi hujan panas dan lauknya yang syaa kongsikan ini. sampai jumpa lagi di resepi sedap seterusnya.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad