• Resepi Tart Nenas Gulung Rangup dan Sedap

    Resepi Tart Nenas Gulung Rangup dan Sedap, kuih raya ini sangat popular di masyarakat malaysia. rasanya sangat gebu dan sedap membuat berbaloi untuk mencuba. sejak belakangan ini saya memang suka makan tart nenas gulung.

    tart nenas memang banyak yang sudah kongsikan terutama bila menyambut hari raya, banyak blog saya tengok sudah banyak share resepi ini pun sedap juga tapi saya memang suka mencuba resepi yang lain untuk mempelbagaikan koleksi resepi yang telah dicuba.

    Resepi Tart Nenas Gulung

    Resepi Tart Nenas Gulung Rangup dan Sedap


    akhirnya bulan ramadhan yang kita tunggu-tunggu selama setahun datang juga. sebagai wanita, walau berpuasa memasak untuk keluarga harus terus dilakukan. tart nenas ialah antara biskut yang famous tiap kali menjelang hari raya.

    sebenarnya saya ingin cuba membuat kuih lebih banyak seperti kuih tart dalam cawan kertas dan kuih tart bunga, tapi kerana masa yang sudah hampir senja terpaksa saya lupakan. hanya tart nenas gulung ini sahaja yang saya buat. jom kita layan resepi sedap dibawah.

    Bahan Untuk Jem Tart Nenas Gulung Rangup 

    • 600 gm gula
    • 3 titik pewarna kulit
    • 2 biji nenas - parut kemudian toskan airnya
    • 1 batang kayu manis
    Bahan Tart
    • 125 gm butter - saya gunakan premium anchor butter
    • 1 biji kuning telur
    • 1 sudu besar gula kastor
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • 1 sudu besar tepung kastard @
    • 1 3/4 cawan tepung gandum @
    • 1/2 sudu kecil garam - secukupnya
    • 1/4 cawan tepung jagung @
    Bahan Hiasan
    • 1 sudu air
    • 1 biji kuning telur
    • setitik pewarna kuning
    Cara Penyediaan Tart Nenas Gulung Rangup 

    a) Cara Untuk Membuat Jem Nenas

    1. mula-mula nenas yang sudah diparut tadi dimasak bersama gula 
    2. bila sudah hampir agak kering masukan kayu manis bersama pewarna kuning
    3. ,asak dengan api sederhana sampai agak kering

    b) Cara untuk Membuat Tart Gulung

    1. pukul mentega/ butter bersama gula sehingga berkrim dan berwarna putih (butter di keluarkan pada suhu bilik)

    2. masukan minyak sapi, garam secukupnya, dan kuning telur kemudian kacau hingga sebati. 

    3. tepung yang bertanda [@] di ayak kemudian masukan secara perlahan kedalam adunan sampai menjadi adunan doh yang lembut. biarkan sekejap.

    4. kemudian masukan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. 

    5. siapkan loyang yang sudah dilapik dengan baking paper atau boleh juga digriskan dengan mentega kemudian susun adunan yang sudah di gulung tadi diatas loyang.

    c) Cara untuk Bahan Hiasan

    1. kacau sebati kuning telur bersama pewarna kuning dan air kemudian sapukan diatas diatas tart gulung yang sudah kita susun diatas loyang tadi.

    2. akhir seklai, panaskan oven pada suhu 175"C dan bakar kuih selama lebih kurang 25 minit. dan bila sudah masak tart nenas siap untuk dihidangkan.

    bagaimana mudah sahaja kan resepi tart nenas gulung yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resepi seterusnya. terakhir, bila doh masih agak keras. uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lebih lembut.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad