• Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap dan Lembut

    Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap dan Lembut. hari ini saya nak kongsikan resepi kuih kaswi sedap dan lembut. siapa tak kenal kuih kaswi ni, memang tak kena babab! kuih kaswi atau kosui atau kasui sangat digemari oleh masyarakat Malaysia kerana rasanya ni memang tersangat sedap.

    salah satu kuih tradisional ni sering menjadi pujaan orang ramai dan sering juga menjadi hidangan di majlis raya, memang sedap dengan rasanya yang kenyal-kenyal dan saya suka kuih kaswi yang agak sedikit lembik kerana tak perlu risau jika semasa dipotong akan sedikit comot.
    Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap

    Resepi Kuih Kaswi Sedap

    kuih kaswi akan tampak cantik bila bersalut dengan kelapa dan kemanisanya juga secukup rasa. kuih kaswi adalah salah satu resepi kuih kukus atau kuih loyang yang sedap dan mudah penyediaanya. saya biasanya menyediakan kuih kaswi untuk keluarga ketika minum petang.

    jom kita tengok resepi kuih kaswi yang sedap di bawah ni dan jangan lupa masak dengan hati yang ikhlas agar masak jadi mudah dan sedap juga dapat pahala.

    Bahan-Bahan

    • 2 cawan tepung gandum
    • 2 keping gula melaka
    • 1 cawan gula merah
    • 1 cawan gula pasir
    • 1 sudu kecil kapur - bancuh dengan air
    • 7 cawan air
    • 1 helai daun pandan
    • 1 cawan tepung ubi
    Bahan Lain
    • Kelapa Parut Muda
    • Sedikit Garam
    Cara Penyediaan

    1. masak air dengan gula melaka, daun pandan, gula merah, dan gula pasir hingga mendidih dan sedikit pekat kemudian sejukan sehingga agak agak air gula sulam

    2. masukan tepung gandum bersama tepung ubi yang telah disatukan kedalamnya dan kacau sebati. rasakan sedikit adunan dan bila belum manis boleh tambahkan gula pasir. selepas tu, masukan air kapur dan kacau rata dan tapis adunan ke dalam jug bermuncung.

    3. panaskan periuk pengukus dan masukan loyang dan setelah loyang panas tuang adunan kedalam loyang. dan kukus hingga masak lebih kurang 45 minit. 

    4. sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala dan bila kuih sudah masak boleh buka penutup pengukus dan agar air dipermukaan kuih cepat mengering kukus tanpa penutup seketika.

    5. akhir sekali, bila sudah kering angkat dan sejukan dan setelah betul-betul sejuk, baru dipotong. untuk menyediakanya balut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

    bagaimana mudah kan resepi kuih kaswi yang saya share ni dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad