Senarai Pengambilan Second Intake UA Lepasan STPM 2016/ 2017
Senarai Pengambilan Second Intake UA Lepasan STPM 2016/ 2017. Anda gagal dalam permohonan dan rayuan UPU ke UA (IPTA)? Berita baik untuk lepasan STPM dan setaraf seperti dikongsikan dari FB Kemasukan BPKP JP - FB Rasmi UPU. Pemohon yang berhajat untuk menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA) boleh membuat permohonan kemasukan pengambilan kedua (second intake) secara online ke beberapa UA terpilih yang disenaraikan dibawah ini. Sesi pengambilan adalah bulan Februari dan Mac 2017.
Selamat membuat permohonan Second Intake UA Lepasan STPM 2016/ 2017 di Universiti Awam yang dinyatakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti. Sumber Jadual : FB Rasmi UPU
Senarai Pengambilan Second Intake UA Lepasan STPM 2016/ 2017
Berikut adalah senarai UA yang menawarkan sesi kemasukan ambilan kedua untuk sesi 2016/ 2017. Pemohon perlu membuat permohonan terus ke UA yang berkenaan pada tarikh yang ditetapkan.Panduan Membuat Permohonan Online Second Intake 2016/ 2017
1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Kemasukan Februari 2017
- Pemohon perlu membuat permohonan terus melalui Laman Web UIAM bermula dari bulan Oktober 2016
2. Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Kemasukan Februari 2017
- Untuk lepasan Diploma sahaja
- Permohonan terus melalui Laman Web UUM pada bulan November 2016
3. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Kemasukan Mac 2017
- SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK
- Permohonan UiTM ambilan kedua melalui Laman Web UiTM bermula dari 3 Oktober sehingga 7 November 2016
4. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Kemasukan Februari 2017
- Program Ijazah Sarjana Muda
- Permohonan UPSI 2017 melalui Laman Web UPSI bermula dari 10 Oktober sehingga 31 Oktober 2016
5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Kemasukan Februari 2017
- Lepasan Diploma sahaja
- Permohonan UTHM ambilan kedua melalui Laman Web UTHM pada bulan Oktober 2016
Selamat membuat permohonan Second Intake UA Lepasan STPM 2016/ 2017 di Universiti Awam yang dinyatakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti. Sumber Jadual : FB Rasmi UPU
Tiada ulasan