Jambatan Victoria Di Kuala Kangsar Berusia 117 Tahun
Jambatan Victoria Di Kuala Kangsar Berusia 117 Tahun
Dua orang jurutera yang bertanggungjawab mereka cipta jambatan ini ialah G.W Fryer dan C.R Hanson. Pembinaan jambatan ini bertujuan untuk memudahkan pengangkutan bijih timah pada ketika itu. Malah, jambatan ini pernah mendominasi perhubungan dan menjadi laluan pengangkutan bijih timah yang penting antara negeri Melayu Barat termasuk ke Perlabuhan Pulau Pinang.
Jambatan Victoria Di Kuala Kangsar Berusia 117 Tahun
Jambatan ini mempunyai enam batang tiang yang kukuh daripada bata merah. Sir Frank Swettenham pernah menyatakan bahawa Jambatan Victoria ini merupakan jambatan keretapi terbesar di bahagian Timur di luar India. Semasa Perang Dunia Kedua, jambatan ini pernah dibom dan menurut cerita penduduk setempat, jambatan ini terbelah dua. Betapa pentingnya jambatan ini sebagai laluan pengangkutan suatu ketika dahulu.
Fakta menarik mengapa jambatan ini dinamakan Jambatan Victoria. Pertama, sempena Ratu Victoria. Hal ini kerana semasa awal pembinaannya pada tahun 1897 merupakan tahun pemerintahan Jubli Intan Ratu Victoria. Keduanya, apabila tamat pembinaan, Afrika Selatan berada di bawah pemerintahan Ratu Victoria sepenuhnya.
Jambatan Victoria Di Kuala Kangsar Berusia 117 Tahun
Kini, jambatan ini tidak digunakan lagi sejak tahun 2002 kerana jambatan konkrit telah dibina bagi menggantikan peranan Jambatan Victoria dan dijadikan tarikan pelancong. Namun penduduk sekitar masih menggunakan jambatan ini untuk menyeberangi Sungai Perak dengan menggunakan motorsikal dan berjalan kaki. - orangperak.com
Tiada ulasan