• Raja Chulan Orang Melayu Pertama Dilantik Dalam Pentadbiran British

    Raja Chulan Orang Melayu Pertama Dilantik Dalam Pentadbiran British

    Raja Chulan Orang Melayu Pertama Dilantik Dalam Pentadbiran British - Raja Chulan yang akan disentuh dalam artikel kali ini merupakan orang Melayu pertama yang dilantik menjadi sebagai pegawai tinggi dalam pentadbiran British iaitu Malayan Civil Service (MCS) dan antara individu penting yang mencorakkan Malaysia sekarang ini serta seorang yang sangat menitikberatkan hal ehwal rakyat terutama hal-hal orang Melayu. Baginda ialah DYAM Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah.

    raja chulan

    Raja Chulan Orang Melayu Pertama Dilantik Dalam Pentadbiran British

    DYAM Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah dilahirkan di Tanjong Brambang pada 1 Julai 1869. Memperoleh pendidikan Inggeris di Raffles Institution di Singapura dan Sekolah Tinggi Inggeris di Melaka bersama kekanda baginda iaitu Raja Ngah Mansur. Baginda memulakan kerjaya di dalam perkhidmatan awam dan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Perak pada tahun 1886. Beberapa tahun kemudian baginda pergi mengziarahi ayahanda baginda Sultan Abdullah yang dibuang negeri di Pulah Seychelles. Sultan Abdullah dibuang negeri setelah didapati bersalah berkomplot dalam pembunuhan J.W.W Birch. Raja Chulan kemudian menjadi pegawai di Larut pada 1890. Jawatan lain yang baginda pernah duduki ialah Pemangku Pemungut Hasil Tanah di Kuala Kangsar dan Penolong Pegawai Daerah di Selama.
    Raja Chulan mengahwini Raja Puteh Kalsom yang merupakan anak Sultab Idris 1 pada tahun 1900. Pada 1902 baginda kemudiannya menemani Sultan Idris ke England untuk menghadiri upacara permahkotaan King Edward. Ketika kembali ke Perak, baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah (D.O). Menurut pakar sejarah Prof Khoo Kay Khim, Raja Chulan merupakan orang Melayu pertama menjadi pegawai MCS dan Pegawai Daerah dalam pentadbiran British. Baginda kemudiannya menjadi ahli majlis Mesyuarat Negeri Perak pada 1907 dan akhirnya bersara dalam perkhidmatan awam pada 1911.
    Raja Chulan terkenal dengan sifat lantang mengenai hak orang Melayu sewaktu bertugas dan apabila baginda telah bersara dari Majlis Mesyuarat Persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Majlis Mesyuarat Perak. Baginda juga merupakan orang Melayu pertama menjadi ahli Majlis Persekutuan FMS. Ketika menjadi ahli majlis, baginda mendesak supaya British meningkatkan taraf hidup orang-orang Melayu dan mengutamakan serta memudahkan orang Melayu untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan diketika itu. Ketika Mesyuarat Majlis Persekutuan pada 1931 baginda menekankan kerajaan mampu untuk mengurangkan perbelanjaaan jika mengambil orang Melayu menjawat jawatan dalam kerajaan berbanding terus mengambil pegawai dari orang eropah. Raja Chulan menambah orang Melayu akan berbelanja didalam negara ini berbanding orang eropah yang akan berbelanja lebih diluar Malaya. Baginda memahami pada masa tersebut tidak ramai orang Melayu yang berkelayakan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan namun selepas 50 pemerintahan British, baginda pasti akan cukup orang Melayu yang dilatih untuk bekerja di jabatan teknikal seperti Jabatan Kerja Raya, Pejabat Pos dan Keretapi.

    Raja Chulan Orang Melayu Pertama Dilantik Dalam Pentadbiran British

    Didalam mesyuarat yang sama juga, Raja Chulan mencadangkan agar pentadbiran British mengambil langkah untuk lebih menggalakkan orang Melayu belajar dalam bidang perubatan dan pergigian. Baginda berharap untuk agar orang Melayu dapat menubuhkan biasiswa pendidikan untuk menyokong matlamat ini dan meminta kerajaan untuk menyediakan tempat pekerjaan bagi doktor dan pegawai pergigian orang Melayu ini selepas mereka selesai pengajian
    raja chulan
    Raja Chulan juga lantang dalam isu-isu lain disepanjang pentabirab British di Negeri-Negeri Melayu. Baginda tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan ketika itu untuk mengenakan cukai import petrol dan minyak tanah kerana ianya akan membebankan rakyat bawahan. Pesuruhjaya Tinggi British Sir Cecil Clementi pernah menyebutkan bahawa, tiada orang Melayu di zaman moden ini yang melaksanakan tugas dengan baik bagi negara dan rakyatnya berbanding Raja Sir Chulan.

    Raja Chulan Orang Melayu Pertama Dilantik Dalam Pentadbiran British

    Baginda dikurniakan gelaran Raja Di-Hilir Perak oleh Almarhum Sultan Iskandar pada 1 Disember 1920 setelah pihak British menarik semula sekatan dalam urusan pewarisan takhta negeri Perak pada keturunan Sultan Abdullah yang dibuang negeri. Baginda juga merupakan kerabat diraja Melayu yang bukan pemerintah pertama dianugerahkan pingat KBE oleh King George V pada 1930. Baginda bersama Sultan Perak Almarhum Sultan Iskandar, Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yamtuan Antah dan Datuk Abdullah Haji Dahan bertanggungjawab dalam penubuhan Rejimen Askar Melayu pertama pada 1933. Dalam mesyuarat persekutuan 1931 sebelum itu, Raja Chulan menerangkan bahawa pembetukkan rejimen askar melayu mampu meransang semangat cintakan negeri oleh orang Melayu.
    Baginda mangkat pada 10 April 1933 dan dimakamkab di Makam Diraja Al Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. - orangperak.com

    Tiada ulasan

    Post Top Ad