SAPS 2022/ 2023 Semakan Ibu Bapa NKRA Online
Sistem SAPS Semakan Ibu Bapa - Ibu bapa atau penjaga kini lebih mudah untuk memantau prestasi akademik anak mereka. Kewujudan Sistem SAPS Semakan Ibu Bapa NKRA memudahkan ibu bapa untuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka. Sistem SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar secara online. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan SAPS Semakan Ibu Bapa yang dapat dikongsikan pada anda semua.
SAPS 2022/ 2023 Semakan Ibu Bapa NKRA Online
- Cara buat semakan SAPS Ibu Bapa Online klik SAPS ONLINE
Apa Itu SAPS Semakan Ibu Bapa Online?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.- SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
- Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
- Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.
Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak
Berikut adalah keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS :-- Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
- Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)
- Peperiksaan Awal Tahun
- Pertengahan Tahun
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Ujian Selaras
- Trial Exams (Peperiksaan Percubaan)
SAPS Semakan Ibu Bapa NKRA Online
Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan
Berikut adalah kaedah dan langkah-langkah Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa:- Anda boleh layari laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space). 3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan. 4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah:
5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya. 6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Tiada ulasan