Resepi Pulut Kuning Kukus Paling Mudah
Resepi Pulut Kuning Kukus Paling Mudah. Hari ini saya ingin kongsikan resepi pulut kuning kukus paling mudah dan sedap. sebenarnya, sudah lama saya ingin cuba memasak sendiri pulut kuning. maklum kerana saya tidak tahu cara buat pulut kuning nih. akhirnya barulah hari ini saya share kepada pembaca sekalian.
resepi ini saya dapat dari kakak ipar yang kebetulan sedang berkunjung ke rumah saya. resepi berasaskan pulut ni memang antara kegemaran sekeluarga daripada suami dan bagi saya sendiri dah lama ingin cuba membuatnya.
kenapa saya sebut pulut kuning kukus ni paling mudah?
sebab, cara membuatnya agak sedikit berbeza kerana sudah saya buat berdasarkan versi saya sendiri. jom kita layan resepi pulut kuning sedap ni dan selamat mencuba :)
Bahan-Bahan Pulut Kuning Kukus
Bagaimana resepi pulut kuning kukus mudah yang saya kongsikan ni, mudah je kan? okay, sampai jumpa diresepi sedap berikutnya. Resepi Pulut Kuning Kukus Paling Mudah
resepi ini saya dapat dari kakak ipar yang kebetulan sedang berkunjung ke rumah saya. resepi berasaskan pulut ni memang antara kegemaran sekeluarga daripada suami dan bagi saya sendiri dah lama ingin cuba membuatnya.
Resepi Pulut Kuning Kukus Sedap
resepi pulut kuning tak susah sangat untuk dimasak, kunci utama ialah gunakan santan pekat yang segar dan bancuh bersama garam sehingga masin dan bangkit lemaknya beras pulut pula harus direndam dengan masa yang lama supaya lembut apabila dikukus.kenapa saya sebut pulut kuning kukus ni paling mudah?
sebab, cara membuatnya agak sedikit berbeza kerana sudah saya buat berdasarkan versi saya sendiri. jom kita layan resepi pulut kuning sedap ni dan selamat mencuba :)
Bahan-Bahan Pulut Kuning Kukus
- 1 kg beras pulut
- 2 sudu serbuk kunyit
- 1000 ml santan kelapa - dari sebiji kelapa
- garam secukup rasa
- 1 inci kunyit hidup - tumbuh dan tapis air
- 1 helai daun pandan- disimpul
- 1 keping asam gelugor
- 1 camca teh minyak masak
Cara Membuatnya Pulut Kuning Kukus
1. cuci pulut hingga bersih kemudian masukan kedalam bekas cukup besar selepas tu tuangkan air hingga terendam. masukan kunyit hidup bersama serbuk kunyit dan asam gelugor dan kacau rata kemudian rendam pulut selama 6 jam. agar warna kuning sekata sekali-kali gaulkan pulut tadi.
2. panaskan kukus dan toskan pulut kemudian masukan kedalam loyang yang sesuai. masukan juga daun pandan agar baunya lebih harum dan tekan agar daun pandan tadi tenggelam.
3. sementara itu dalam bekas lain campurkan santan (900ml) bersama garam, dan minyak kemudian kacau hingga rata dan tuangkan kedalam pulut tadi hingga pulut tadi terendam santan. dengan menggunakan api besar masak selama 30 minit.
4. selepas dimasak selama 30 minit balik-balikan tadi agar masak sekata. sisa baki santan (100ml) tadi sudukan keatas pulut dan gaul hingga rata.
5. akhir sekali, kukus pulut tadi hingga masak atau lebih kurang 10 - 15 minit. dan bila sudah masak bolehlah matikan api dan hidangkan bersama telur, rendang, atau gulai ayam.
Bagaimana resepi pulut kuning kukus mudah yang saya kongsikan ni, mudah je kan? okay, sampai jumpa diresepi sedap berikutnya. Resepi Pulut Kuning Kukus Paling Mudah
Tiada ulasan