• Resepi Kerabu Rebung Kerisik

    Kali ini admin berkongsi Resepi Kerabu Rebung Kerisik. Hidangan yang lazat ini cukup mudah untuk disediakan. Rebung yang telah siap di celur  masih berbaki lagi selepas di buat Rebung goreng pada hari tu.

    Kerabu Rebung
    Kerabu Rebung Kerisik


    Daripada di biar lama -lama tidur dalam peti ais lebih baik kita buat sesuatu,kalau tidak buang begitu saja.Lepas siap masak ,shooting gambar pula ,banyak betul gambar yang di ambil kali ini.Macam biasa la,kalau dah kamera kat tangan,habis posisi kita ambil.

    Resepi Kerabu Rebung Kerisik

    Cubalah Resipi Masakan Kerabu Rebung..

    Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit 35 Minit Masa keseluruhan
    Jumlah Hidangan: 4-6 orang

    Bahan-bahan Kerabu Rebung Kerisik: 
    1. 300 gm rebung (hiris dan celur)
    2. 250 gm udang (rebus dan tos)
    3. 6 tangkai cili padi (hiris)
    4. 8 ulas bawang merah (hiris)
    5. 2 tangkai cili merah (hiris)
    6. 150 gm kerisik 2 batang serai (hiris)
    7. 2 biji limau nipis (ambil jus)
    8. 1 cawan santan pekat
    9. 2 helai limau purut (hiris halus)
    10. 80 gm daun ketumbar (hiris kasar)
    11. Garam dan gula secukup rasa

     Cara sediakan Kerabu Rebung Kerisik: 

    1. Rebung direbus sehingga lembut. Ketepikan.
    2. Hiris rebung (kasar) dan gaulkan dengan semua bahan-bahan. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

    Selamat mencuba Resepi Kerabu Rebung Kerisik.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad