Resepi Tepung Pelita Sedap
Admin berkongsi resepi masakan iaitu Resepi Tepung Pelita Sedap. Setiap kali bulan puasa, tepung pelita antara kuih muih yang paling dicari. Kalau lambat je ke bazar Ramadan, memang tak dapat la nak merasa sebab kuih ini sememangnya laku keras dan cepat habis. Selamat mencuba resepi masakan ini.
Bahan-bahan:
Daun pisang abu | untuk dibuat bekasnya
Lapisan bawah:
240gm gula pasir | dikisar
Lapisan kedua:
120gm tepung jagung
60gm tepung beras
60gm gula pasir
125ml jus pandan
2 liter air
Sedikit air kapur
Lapisan ketiga: (paling atas)
120gm tepung jagung
2 liter santan pekat
Secubit garam
Cara menyediakan Tepung Pelita:
1. Layur daun pisang dan potong anggaran 3 x 2 inci lebar. Kemudian lipat daun pisang mengikut acuan kotak mancis dan ketip menggunakan stapler. Ketepikan.
2. Untuk lapisan bawahnya, letakkan setengah sudu teh gula kisar ke dalam setiap bekas daun pisang tadi.
3. Untuk lapisan kedua pula, masak kesemua bahan dengan api perlahan hingga sedikit pekat.
4. Setelah masak, tuangkan ke dalam bekas tepung pelita yang telah dibubuh gula kisar tadi.
5. Untuk lapisan ketiga (paling atas), masak kesemua bahan dengan api perlahan sehingga masak.
6. Tuangkan ke dalam bekas daun pisang sebagai lapisan yang paling atas.
7. Biarkan sejuk dan sedia dinikmati.
Selamat mencuba Resepi Tepung Pelita.
Oleh: EDITORIAL RASA
Tarikh: 16 Januari 2014

Tiada ulasan