Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh SPNB Mesra Sdn Bhd yang pada awalnya adalah sebagai ‘Special Purpose Vehicle’ untuk melaksanakan Skim Rumah Keluarga Nelayan di Terengganu.
Terbaru, mulai tahun 2022 semua permohonan rumah bantuan kerajaan hendaklah dibuat menerusi sistem SPRN TEDUH yang baru dilancarkan.
RMR1M bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Manakala RMRPLUS adalah satu model perniagaan baru yang mengambil konsep asas RMR1M namun dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR1M.
Program RMRPlus adalah program alternatif yang mensasarkan golongan yang tidak layak mendapat subsidi di bawah Program RMR1M kerana melebihi syarat minimum program.
Bagi yang tinggal di Selangor anda boleh mohon skim Rumah Selangorku. Download Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2022/ 2023.
Semua orang inginkan tempat tinggal yang selesa untuk didiami. Di samping pelbagai rumah mampu milik yang ada di sekitar Malaysia, kerajaan juga ada menyediakan satu lagi program, di mana mereka yang berkelayakan berpeluang untuk mendapatkan rumah impian sendiri!
rumah mesra rakyat, RMR1M, SPNB, permohonan rumah mesra rakyat, borang permohonan rumah mesra rakyat, pelan rumah mesra rakyat, contoh rumah mesra rakyat
Apa Itu Rumah Mesra Rakyat?
Ini adalah satu berita gembira bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri tapi masih belum ada modal, atau tak cukup duit, untuk memulakan pembinaan rumah.
Pihak kerajaan yang memang tidak pernah berhenti untuk cuba memenuhi keperluan rakyat telah menjayakan satu program di bawah SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) yang dipanggil Program Rumah Mesra Rakyat SPNB.
Program ni memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga (seperti biasa, ada syarat-syaratnya tau).
Initiatif kerajaan yang diwujudkan untuk membantu golongan ni dikendalikan sepenuhnya oleh SPNB Mesra Sdn Bhd.
Tujuan utama RMR adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tinggal di rumah usang atau tidak mempunyai rumah, tetapi memiliki tanah dengan syarat yang cukup, untuk membina rumah sendiri.
rumah mesra rakyat, RMR1M, SPNB, permohonan rumah mesra rakyat, borang permohonan rumah mesra rakyat, pelan rumah mesra rakyat, contoh rumah mesra rakyat
Bagi mereka yang gagal memohon RMR, atau permohonan telah ditolak kerana tak menepati syarat-syarat yang telah ditentukan, jangan terus putus asa okay?
Anda masih boleh cuba memohon untuk RMR. Ia mempunyai konsep asas yang sama, namun ianya khas untuk mereka yang mempunyai tanah sendiri tapi telah melebihi syarat minimum program RMR1M.
Bagaimana Program Ini Boleh Menguntungkan Anda?
Boleh dikatakan ramai juga antara kita yang mempunyai tanah sendiri sebenarnya, samada tanah yang dibeli ketika murah, tanah milik keluarga, atau tanah pusaka.
Tapi yang menjadi masalahnya adalah untuk mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk membina rumah.
Rumah kos rendah atas tanah pun boleh tahan juga harganya kalau dibina oleh kontraktor biasa di luar sana.
Di kawasan kampung atau pedalaman, mungkin anda boleh dapat dalam lingkungan RM50,000 ke RM90,000, bergantung pada saiz rumah.
Tetapi kalau di kawasan yang bandar sikit, paling minimum pun kena ada dalam RM120,000 tau!
rumah mesra rakyat, RMR1M, SPNB, permohonan rumah mesra rakyat, borang permohonan rumah mesra rakyat, pelan rumah mesra rakyat, contoh rumah mesra rakyat
Itu baru permulaan, bila dah mula bina rumah, ada pula macam-macam kos ekstra yang perlu ditambah.
Maka makin bertambahlah kos harga rumah tu, dan sebab itu jugalah kita selalu nampak rumah yang sedang dibina terbengkalai sementara, kerana duit tak cukup untuk membeli bahan atau membayar kontraktor.
Sedih sangat kan, bila jadi macam ni?
Berbalik kepada cerita kita, kalau anda dari golongan berpendapatan rendah tetapi mempunyai tanah yang sesuai untuk membina rumah, memang sangat-sangat berbaloi untuk anda cuba memohon RMR.
Kerajaan juga ada sediakan subsidi bagi mereka yang membina Rumah Mesra Rakyat ni, jadi anda memang dapat jimat banyak.
Bayangkan kalau kos binaan rumah tu RM70,000, lepas tu boleh dapat subsidi kerajaan sebanyak RM20,000. Maknanya, anda hanya perlu mohon pinjaman bank untuk baki RM50,000 sahaja lagi.
Bayaran bulanan rumah mesra rakyat mungkin tak sampai RM300 pun, dan anda pula dapat mendiami rumah sendiri, di atas tanah sendiri!
Apakah Syarat Untuk Memohon?
rumah mesra rakyat, RMR1M, SPNB, permohonan rumah mesra rakyat, borang permohonan rumah mesra rakyat, pelan rumah mesra rakyat, contoh rumah mesra rakyat
Untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat, program mempunyai syarat-syaratnya tersendiri, seperti yang tertera di bawah.
Syarat Permohonan RMR
Warganegara Malaysia.
Berumur 18 hingga 65 tahun.
Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya.
Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
Apakah Langkah Permohonan?
rumah mesra rakyat, RMR1M, SPNB, permohonan rumah mesra rakyat, borang permohonan rumah mesra rakyat, pelan rumah mesra rakyat, contoh rumah mesra rakyat
Cara memohon untuk Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:
Muat turun borang permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dari laman web http://www.spnbmesra.com.my/ (*sedang dikemaskini), atau dapatkan dari pejabat wakil rakyat.
Isi dan lengkapkan borang permohonan.
Hantar borang yang lengkap diisi beserta semua dokumen diperlukan.
SPNB akan menilai sama ada pemohon layak atau tidak untuk menerima bantuan (pemohon akan dimaklumkan sewajarnya).
Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan tuan tanah (jika tanah orang lain).
Salinan geran hak milik tanah terbaru.
Salinan slip gaji pemohon dan pasangan.
PGMY_No_1
Kawasan Pembinaan Rumah Mesra Rakyat
Ia menerima permohonan untuk semua kawasan di Semenanjung Malaysia.
Bukan tu saja, SPNB juga telah menawarkan program tersebut ke serata Sabah, Sarawak, dan Labuan sejak tahun 2012.
Walau di mana sahaja, reka bentuk yang disediakan oleh SPNB sememangnya selesa, dan ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.
Contoh Rumah Mesra Rakyat
Ingin tahu bagaimana rupanya rumah di bawah program ni? Di bawah ada beberapa gambar contoh rumah yang telah didapati dari laman web rasmi SPNB:
rumah mesra rakyat, RMR1M, SPNB, permohonan rumah mesra rakyat, borang permohonan rumah mesra rakyat, pelan rumah mesra rakyat, contoh rumah mesra rakyat
rumah mesra rakyat, RMR1M, SPNB, permohonan rumah mesra rakyat, borang permohonan rumah mesra rakyat, pelan rumah mesra rakyat, contoh rumah mesra rakyat
rumah mesra rakyat, RMR1M, SPNB, permohonan rumah mesra rakyat, borang permohonan rumah mesra rakyat, pelan rumah mesra rakyat, contoh rumah mesra rakyat
Menarik sangat rumah-rumah di atas ni kan? Walaupun pada kos rendah, tetapi nampak cukup selesa!
Pelan rumah-rumah ni pula telah ditetapkan oleh SPNB, jadi anda boleh memilih pelan yang bersesuaian semasa melakukan permohonan.
Tumpuan Khas: Rumah Mesra Rakyat Johor
Ramai yang tertanya-tanya, Rumah Mesra Rakyat ada tak di Johor? Mari sini kami terangkan!
1) Apa itu Rumah Rakyat Johor?
Secara umum, Rumah Mesra Rakyat Johor adalah mana-mana pembangunan Rumah Mesra Rakyat yang terletak dalam seluruh negeri Johor Darul Ta’zim.
Rumah Mesra Rakyat Johor dibina khas untuk membantu dan mengalakkan warga Malaysia yang berpendapatan rendah di negeri Johor untuk mencapai cita-cita untuk berumah sendiri. Syarat dan cara permohonan pun sama je.
Al maklumlah program SPNB ni tak membezakan atau mengasingkan rakyat ikut lokasi.
2) Apakah peranan dan tanggungjawab SPNB Johor?
spnb johor, rumah mesra rakyat johor
SPNB Johor ni bertujuan untuk melaksanakan Program Rumah Mesra Rakyat di negeri Johor.
Seperti biasa lah, nak dapatkan Rumah Mesra dalam negeri ini, perlulah daftar borang permohonan skim Rumah Mesra Rakyat 2021 secara online di laman web RMR SPNB.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda juga boleh hubungi cawangan SPNB Johor di:
Alamat: Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 8000 Johor Bahru, Johor;
Atau talian: +607-225-9900 atau +607-225-9911;
Atau nak senang, hantar apa sahaja persoalan anda di alamat emel berikut: spnb_plentong@spnb.com.my.
Soalan Lazim Rumah Mesra Rakyat SPNB
Kami juga sertakan soalan lazim untuk menjawab sebarang persoalan yang mungkin bermain di minda anda mengenai Rumah Mesra Rakyat.
1) Kenapa terdapat perubahan kepada bayaran balik bulanan?
Terdahulu, Program RMR1M dibiayai oleh kerajaan melalui peruntukan geran dan subsidi penuh.
Terkini, sebahagian daripada pembiayaan pembinaan perlu dibiayai oleh pemohon melalui pinjaman daripada institusi kewangan yang diuruskan oleh anak syarikat SPNB.
2) Berapa lama sebelum tempoh permohonan akan diluluskan?
Tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima dan menepati syarat tertakluk kepada peruntukan kewangan dan kelulusan pembiayaan.
3) Bolehkah pemohon memohon sekiranya tuan tanah meninggal?
Tidak dibenarkan, kerana syarat utama adalah perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah.
4) Berapa lama tempoh pembinaan rumah mesra rakyat SPNB?
Tidak melebihi 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/tarikh perjanjian.
NOTA PENTING: Permohonan untuk Rumah Mesra Rakyat dibuka pada masa tertentu sahaja. Anda boleh layari laman web SPNB untuk mengetahui sama ada permohonan dibuka atau ditutup. Jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang program ni boleh menghubungi SPNB di talian +603 2618 5555.
Tiada ulasan