Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Malaysia 2022 (MySPR & SPPA)
Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Malaysia 2022 (MySPR & SPPA) . Pilihanraya diadakan untuk memilih parti yang akan menerajui tampuk pemerintahan di Malaysia. Lazimnya ianya diadakan setiap 5 tahun sekali. Namun ianya juga akan diadakan mengikut situasi-situasi yang telah termaktub di dalam perlembagaan.
Kini pengundi bukan lagi mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas. Ini kerana had umur mengundi telah diturunkan kepada 18 tahun dan ke atas.
Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Malaysia 2022 (MySPR & SPPA)
Bagi mereka yang telah daftar sebagai pemilih, boleh membuat semakan maklumat daftar pemilih anda secara online.
Manakala bagi yang belum mendaftar, terutamanya mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh membuat semakan dahulu Semakan Pra-Pendaftaran Automatik .
Di sini kami senaraikan pautan yang boleh anda layari:
Semakan Daftar Pemilih 2022 2023 dan SPPA & MySPR
Untuk mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih, semak maklumat anda dengan layari laman web https://pengundi.spr.gov.my/
Manakala bagi yang belum mendaftar sebagai pemilih, semak dahulu maklumat anda sebelum anda didaftarkan secara automatik pada pautan : https://mysprsppa.spr.gov.my/
Selain itu, anda boleh pasang aplikasi di telefon pintar anda dengan buat cari MYSPR SEMAK di Playstore ataupun Appstore.
Adakah para pengundi akan didaftarkan secara automatik?
Ya. Namun anda perlu membuat semakan terlebih dahulu.
Apakah nombor SPR yang boleh dihubungi?
Tel : +603 8892 7200
Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Malaysia 2022 (MySPR & SPPA) - Sumber
Tiada ulasan