Semakan BKM: Status Pembayaran Fasa 1 & Kemaskini 2022
Semakan BKM: Status Pembayaran Fasa 1 & Kemaskini 2022. Bagi meringankan kos sara hidup dan juga beban rakyat yang berpendapatan rendah, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Semakan BKM: Status Pembayaran Fasa 1 & Kemaskini 2022
Golongan yang layak untuk menerima BKM adalah;
- Isi rumah
- Warga emas bujang / tiada pasangan
- Golongan bujang
Syarat khusus untuk golongan ini boleh dilihat seperti berikut:
Permohonan Dan Kemaskini BKM
Permohonan dan kemaskini BKM telahpun ditutup pada 31 Januari 2022. Namun, data penerima daripada bantuan sebelum ini seperti BPR,BPN dan GKP diguna pakai di dalam BKM.
Anda boleh semak status permohonan anda pada pautan: https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
Semakan BKM Melalui MYBKM
Semakan status juga boleh dibuat melalui MYBKM.Klik di sini.
Jumlah Pembayaran BKM
Pembayaran akan dibuat mengikut jadual berikut:
Terdapat pembayaran tambahan yang akan dibuat dan layak bagi golongan berikut:
- Tambahan RM500 kepada isi rumah status ibu bapa tunggal yang mempunyai anak (menepati syarat) …atau..
- Tambahan RM300 byat penerima isi rumah ayng berstatus warga emas.
Tarikh Bayaran BKM 2022
Bayaran BKM dibuat sebanyak 4 kali setahun. Pembayaran pertama dijangka akan dibuat pada Mac 2022.
Ini bermakna, pembayaran BKM Fasa 1 akan dijadualkan pada Mac 2022.
Kaedah Pembayaran BKM 2022
Cara pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022 pula adalah seperti berikut:
Bilakah pembayaran BKM fasa 1 akan dibuat?
Pembayaran dibuat sebanyak 4 kali. Pembayaran fasa 1 dijangka akan dibuat pada Mac 2022.
Berapakah jumlah bayaran fasa 1?
Rujuk jadual yang disertakan di dalam artikel ini.
Adakah terdapat rayuan BKM?
Tiada buat masa ini.
Bagaimana cara menyemak status permohonan BKM 2022?
Melalui sistem myBKM.
Semakan BKM: Status Pembayaran Fasa 1 & Kemaskini 2022
Permohonan BKM 2022
• Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.
• Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022. Sila Klik untuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BKM LHDNM.
• Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:
Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
• Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:
Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat
• Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.
Tiada ulasan