Cara buat Resepi Kepak Ayam Bakar Madu yang Padu
Pernah tak anda ke pasar malam semata-mata nak beli kepak ayam madu tu? Makan panas-panas memang layan sungguh! Kalau bulan puasa, memang laris kepak ayam ni. Nak cuba buat secara homemade? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
Cara buat Resepi Kepak Ayam Madu yang Padu
Pada kali ini admin ingin berkongsi Resepi Kepak Ayam Bakar Madu. Kepak Ayam Bakar Madu ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu BBQ. Cubalah Resipi Masakan ini..
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit 50 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang
Resepi Kepak Ayam Bakar Madu
Bahan-bahan:
1/2 kilo kepak ayam
4 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
Sedikit halia kisar
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Sedikit mixed herbs
Madu ikut citarasa anda
Garam dan gula secukup rasa
Mentega secukupnya
Cara menyediakan Kepak Ayam Bakar Madu
1. Gaulkan bahan-bahan di atas secara merata pada ayam.
2. Perapkan ayam tadi selama mana yang anda mahu.
3. Sapukan dulang pembakar dengan mentega, susun kepak ayam yang telah diperap di atasnya.
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga masak dan garing.
Selamat mencuba Cara buat Resepi Kepak Ayam Bakar Madu yang Padu.
Tiada ulasan