Nantikan drama 7 Hari Mencintaiku 3 karya Siti Rosmizah di slot Akasia TV3 pada bulan Ramadan nanti. Dibintangi Shukri Yahaya, Siti Saleha, Reen Rahim, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.
7 Hari Mencintaiku 3
Episod: 35
Tarikh Tayangan: 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Skrip: Siti Rosmizah
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: SR One Sdn Bhd
Watak Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Wan Sharmila sebagai Sofi
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Bil Azali sebagai Zaidi
Jasmin Hamid sebagai Zarina
Faye Kusairi sebagai Syakila
Reen Rahim sebagai Fatin Husna
Sean Lee sebagai Dr Adam
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
Silfeny Osman sebagai Azura
PU Azman sebagai Taufik
Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 3
7 Hari Mencintaiku merupakan sebuah siri drama yang sarat dengan konflik. Drama arahan Jamal Khan ini dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha. Diadaptasi daripada novel 2011 dengan tajuk sama karya Siti Rosmizah, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 dari 7 November 2016 hingga 22 Disember 2016 menggantikan Cinta Masam Manis.
7 Hari Mencintaiku mencatatkan penarafan
tontonan drama yang tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 12 juta penonton[1] selain menerima Anugerah Drama Pilihan serta mendominasi anugerah-anugerah lain di Anugerah
Drama Festival Kuala Lumpur 2017.
Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 3
Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus (Zulkifli Ismail). Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita (Lia Natalia) kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi bersikap kekampungan dan kolot.
Tonton Full Episod Drama 7 Hari Mencintaiku 3
Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha (Liza Abdullah), mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati (Zila Bakarin). Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakila (Faye Kusairi), tunangan Helmi (Syazwan Zulkifli) yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu dan menyayangi isterinya sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.
Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad (Aman Graseka) mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakila untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain penggembala kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3
Tiada ulasan