• Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2022 di Malaysia

    Tarikh mula puasa Ramadhan di Malaysia untuk tahun 2022. Tarikh melihat anak bulan, cara penetapan dan tarikh permulaan bulan puasa Ramadan 1443 Hijrah. Berikut adalah maklumat mengenai tarikh melihat anak bulan Ramadhan, tarikh mula puasa, serta info mengenai cara yang digunakan Malaysia untuk penetapan tarikh bermulanya bulan Ramadhan.

    Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2022

    Berdasarkan Kalendar Islam Malaysia 2022 oleh JAKIM, umat Islam dijangka memulakan puasa bulan Ramadan pada 3 April 2022.

    Walau bagaimanapun tarikh muktamad adalah tertakluk kepada penetapan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) Ramadhan. Anak bulan akan dilihat pada petang 1 April 2022 bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah di 29 lokasi yang ditetapkan di seluruh negara.

    Tarikh permulaan puasa akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen selepas penetapan dibuat.

    Cara Penetapan Permulaan Ramadan

    Malaysia menetapkan tarikh permulaan bulan Ramadan (serta bulan-bulan Hijriah lain) berdasarkan kaedah Rukyah dan Hisab.

    • Rukyah

      Kaedah rukyah adalah melihat anak bulan Ramadan ketika matahari terbenam dengan mata kasar atau dengan bantuan alat-alat optik seperti teleskop dan teodolit. Ia dilaksanakan pada 29 haribulan Syaaban di 29 tempat cerapan rasmi di seluruh negara oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan peringkat negeri.

      Tarikh Puasa 2022

      Anak bulan adalah bulan sabit pertama kelihatan selepas ijtimak

      Sekiranya anak bulan kelihatan, maka Ramadhan dikira sudah bermula. (Hari baru dalam kalendar Hijriah bermula bila matahari terbenam, bukan pukul 12 tengah malam seperti kalendar Masihi).

      Sekiranya anak bulan tidak kelihatan, kaedah hisab/kiraan falak akan diguna pakai.

    • Hisab

      Malaysia (serta anggota MABIMS* yang lain) mengguna pakai kaedah hisab Imkanur-Rukyah, iaitu penentuan masuknya awal bulan baru berdasarkan kebolehnampakan (visibility) anak bulan.

      Kebolehnampakan anak bulan ditentukan dengan membandingkan kiraan kedudukan anak bulan dengan kriteria yang telah ditetapkan. Berikut adalah kriteria imkanur-rukyah yang telah dipersetujui MABIMS:

      Anak bulan dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi dua syarat berikut:

      1. Ijtimak** (conjunction) telah berlaku pada 29 haribulan sebelum matahari terbenam.
      2. (a) Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3°.

        atau

        (b) Ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam (sejak ijtimak berlaku).

      Sekiranya anak bulan tidak menepati kriteria imkanur-rukyah, maka bulan Syaaban digenapkan menjadi 30 hari.

    Tarikh Mula Puasa Ramadan 2022 Malaysia

    * Menteri-menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) merupakan suatu bentuk kesepakatan serantau yang bergerak atas dasar keagamaan bagi menjaga maslahat dan kepentingan umat Islam negara anggota.

    ** Ijtimak atau conjunction adalah keadaan di mana bulan dan matahari berada pada satu garis bujur dilihat dari posisi di bumi. - MalaysiaTercinta

    Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2022 di Malaysia

    Tiada ulasan

    Post Top Ad