10 SOP Fasa Peralihan Ke Endemik Mulai 1 April 2022
10 SOP Fasa Peralihan Ke Endemik Mulai 1 April 2022
Negara masuk Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April 2022 – Ketahui 10 SOP Fasa Peralihan Endemik. Bermula 1 April 2022, Malaysia akan memansuhkan beberapa SOP dan mengemaskini SOP yang terpakai buat masa ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.
Serentak itu, Malaysia turut mengumumkan membuka semula sempadannya kepada pelawat luar.
SOP Peralihan Endemik Bermula 1 April 2022
Berikut adalah ringkasan pengumuman Perdana Menteri
serta SOP yang akan dikuatkuasakan dalam Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April 2022.
- Pelitup muka masih wajib di tempat awam.
- Had masa berniaga dimansuhkan (boleh buka 24 jam dan bersahur mengikut syarat lesen operasi premis).
- Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan tetapi tidak di tempat terbuka.
- Aktiviti ibadah boleh dilakukan tanpa penjarakkan sosial. (sudah boleh rapatkan saf). Walaubagaimanapun ia terletak dibawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri.
- Vaksinasi – had liputan dimansuhkan. Semua boleh merentas negeri. Pekerja juga tiada had.
- Had kapasiti 50% melibatkan perkumpulan ramai dimansuhkan. Penjarakan fizikal yang munasabah perlu dilakukan.
- Sempadan negara dibuka pada 1 April 2022. Rakyat dibenarkan pergi ke mana-mana negara yang turut membuka sempadan. MyTravelPass akan dimansuhkan. Pelancong perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.
- Vaksinasi lengkap – tiada keperluan untuk menjalani kuarantin. Hanya perlu menjalani RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta RTK-Antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
- Tiada Vaksin – Menteri Kesihatan akan umumkan perincian.
- KKM akan umumkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat.
- Bagi negara yang masih menutup sempadan, rakyat masih boleh menggunakan VTL bagi Malaysia dan negara terbabit. (Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia).
- Pemilik premis wajib memastikan sistem pengudaraan ventilasi yang baik di dalam premis.
- Kekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian.
- Individu yang disyaki atau disahkan positif COVID-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM (Ujian pengesanan COVID-19 dan tatacara kuarantin)
Perincian fasa peralihan ke endemik dan pembukaan sempadan akan dimaklumkan oleh menteri-menteri kuartet dalam masa terdekat ini.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Tiada ulasan