Cara Tukar No Telefon BSN Online
Cara Tukar No Telefon BSN Secara Online
Pernahkah anda membuat penukaran no telefon yang baharu. Mungkin anda menukar nombor baharu atas beberapa faktor dan urusan peribadi. Sudah semestinya penukaran no telefon tersebut akan memberikan kesan kepada urusan perbankan maya anda kerana akan menyebabkan urusan penghantaran TAC akan mengalami masalah.
Bagi perkongsian kali ini, kami akan berkongsikan cara untuk buat kemaskini dan tukar nombor telefon BSN anda. Hal ini amat penting bagi memudahkan transaksi online banking BSN anda.
BSN juga boleh buat urusan beli NO PIN UPU BSN
Cara Tukar No Telefon BSN Online
PERSEDIAAN SEBELUM TUKAR NO TELEFON BSN
Jika anda merupakan seorang pelanggan BSN. Anda tidak lagi dibenarkan untuk membuat penukaran nombor telefon melalui mesin ATM BSN.
Jika anda ingin membuat urusan pertukaran nombor telefon bagi kegunaan perbankan internet myBSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
Anda hanya boleh dilakukan melalui kaunter cawangan BSN yang berhampiran.
Pendaftaran hanya boleh dilakukan melalui portal myBSN dalam tempoh 24 jam selepas urusan kemaskini maklumat yang dilakukan melalui kaunter cawangan BSN.
Buat juga permohonan SKIM PERUMAHAN BELIA BSN :SEMAK STATUS, KELAYAKAN & CARA MOHON
SYARAT SEBELUM TUKAR NO TELEFON BSN
Anda perlu tepati syarat-syarat berikut sebelum membuat kemaskini nombor telefon anda di cawangan BSN. Antaranya adalah seperti berikut:
- Nombor telefon baru anda.
- Kad debit atau ATM
- MyKad anda
- Wang secukupnya
CARA TUKAR NO TELEFON BSN
Berikut merupakan perkongsian cara tukar nombor telefon BSN secara ringkas.
Hadirkan diri ke cawangan BSN yang berdekatan
- Anda hanya boleh tukar nombor telefon anda di cawangan BSN sahaja. Anda perlu hadir ke bank BSN.
- Kemudian, anda perlu berjumpa dengan pegawai Bank BSN
- Nyatakan sebab kehadiran untuk tukar nombor telefon anda.
- Anda akan diberikan borang untuk mengemas kini nombor telefon anda. Sekiranya anda ingin mengemas kini alamat dan email juga, anda boleh lakukan sekaligus.
- Isi borang dengan teliti dengan memasukkan makluat yang tepat dan benar.
- Sekiranya anda telah mengemas kini nombor telefon anda tapi masih mengalami masalah, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1300 88 1900.
- Setelah selesai, anda boleh mencuba untuk membuat transaksi di portal perbankan internet myBSN.
PERKHIDMATAN YANG BOLEH DILAKUKAN DI MyBSN
Antara perkhidmatan yang terdapat pada perbankan BSN online adalah seperti berikut:
- Pertanyaan Baki
- Pemindahan Dana
- Pembayaran Bil
- Pembayaran Kad Kredit
- Pembelian SSP
- Pembelian Pin
- dan banyak lagi.
WAKTU OPERASI BSN
Waktu operasi cawangan BSN di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ialah Isnin hingga Jumaat sahaja.
Cawangan-cawangan BSN ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang.
Waktu rehat
Dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada hari Jumaat sahaja. Pada hari biasa, waktu rehat hanya 1 petang hingga 2 petang.
Anda boleh rujuk waktu pengoperasian BSN melalui portal rasmi BSN. Cara Tukar No Telefon BSN Secara Online
Tiada ulasan