Cara Tukar Nombor Telefon OTP RHB Now Internet Banking
Cara Tukar Nombor Telefon OTP RHB Now Internet Banking
Kemaskini / Tukar Nombor Telefon OTP RHB Now Internet Banking kini boleh dilakukan secara atas talian melalui saluran RHB Now Internet Banking. Halaman ini menyediakan panduan mengemaskini atau menukar nombor telefon OTP RHB Now Internet Banking untuk rujukan semua.
Cara Tukar Nombor Telefon OTP RHB Now Internet Banking
Langkah mengemaskini dan penukaran adalah seperti berikut:
- Buka laman RHB Now Internet Banking.
- Masukkan ID pengguna bersama kata laluan (password) untuk log masuk (login).
- Pilih halaman profil (Profil Page).
- Kemaskini / Tukar Nombor Telefon dan semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah.
- Selesai.
Setelah pengemaskinian / penukaran nombor telefon baru anda selesai, sila menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Customer Care Center) ditalian 03-9206 8118 untuk pengaktifan nombor yang baru dikemaskini untuk pengambilan OTP.
Kemaskini / Tukar Nombor Telefon RHB Bank di ATM
- Pergi ke mesin ATM RHB Bank terdekat.
- Masukkan kad ATM RHB Bank anda bersama nombor PIN.
- Pilih menu LAIN-LAIN (OTHERS).
- Pilih bahagian Pendaftaran / Kemaskini Nombor Telefon (Mobile Number Registration / Update).
- Pilih sama ada RHB Now OTP atau Update Mobile Number.
- Masukkan nombor telefon baru anda. Semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah dan tekan butang Sahkan (Confirm).
- Selesai.
- Dapatkan resit / slip menyatakan kemaskini anda berjaya.
Untuk makluman anda, RHB Now OTP adalah untuk semua pelanggan RHB Now Internet Banking, manakala Update Mobile Number adalah untuk semua pemegang debit card RHB Bank.
Kemaskini di Kaunter RHB Bank
Sekiranya pengemaskinian atau penukaran nombor telefon anda tidak berjaya atau terdapat permasalahan, anda disarankan untuk mengunjungi cawangan RHB Bank yang terdekat untuk tindakan selanjutnya. Sebelum pergi ke cawangan RHB Bank berhampiran, anda perlu menyediakan dokumen seperti nombor telefon baru, kad pengenalan diri yang asal, buku simpanan RHB Bank anda, dan kad ATM RHB Bank.
Untuk makluman anda semua, panduan mengemaskini nombor telefon OTP RHB Now Internet Banking adalah sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan Penukaran Nombor Telefon OTP RHB Now Internet Banking, anda semua disarankan untuk pergi terus ke cawangan RHB Bank yang berhampiran atau mendapatkan maklumat melalui portal rasmi RHB Now Internet Banking. Untuk panduan seterusnya, kami telah menyediakan panduan Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC i-muamalat untuk rujukan semua. Cara Tukar Nombor Telefon OTP RHB Now Internet Banking.
Tiada ulasan