• Rayuan Haji TH 2022 : Cara Permohonan Tabung Haji Online

    Rayuan Haji TH 2022 : Cara Permohonan Tabung Haji Online

     Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1443H/2022 bermula 19 April 2022 sehingga 18 Mei 2022.

    Pemohonan secara dalam talian ini adalah kemudahan yang disediakan TH bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat secara fizikal.

    Menurut Pengarah Eksekutif Haji, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abul Rahman, TH membuka permohonan rayuan haji sebelum jumlah kuota diumumkan sebagai langkah untuk mengelakkan proses rayuan haji dilakukan pada saat- saat akhir.

    Rayuan Haji TH 2022 : Cara Permohonan Tabung Haji Online

    Pemilihan rayuan haji dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan rayuan mahram diberikan keutamaan.

    Aplikasi THiJARI boleh dimuat naik secara percuma daripada Google Play atau App Store. Ia akan memudahkan pendeposit untuk membuat rayuan haji, membuat semakan status haji dan juga pertanyaan baki simpanan.

    Bagaimana Cara Daftar Sebagai Pengguna THiJARI?

    Pendeposit cuma perlu guna 3 langkah sebagai pengguna di laman web THiJARI.

    1. Sebagai capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
    2. Pendeposit cuma perlu guna nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
    3. Isikan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan bersama maklumat peribadi. Kemudian, pendeposit dibenarkan menggunakan perkhidmatan THiJARI untuk buat rayuan Haji dan lain-lain perkhidmatan secara atas talian.

    Rayuan Haji TH 2022 : Cara Permohonan Tabung Haji Online

    Bagaimana Cara Mohon Rayuan Haji Online

    Rayuan boleh dibuat bermula Selasa, 19 April 2022 sehingga 18 Mei 2022.

    Anda boleh buat secara dalam talian (online) mengunakan aplikasi www.thijari.com.my

    Bagi yang belum maklum, rayuan boleh perlu dikemaskini setiap tahun meskipun anda pernah buat sebelum ini.

    1. Login ke THiJARI.
    2. Pilih Menu Perkhidmatan Haji.
    3. Pilih Menu Rayuan_Haji.
    4. Baca Garis Panduan dan Kategori Rayuan yang dipaparkan
    5. Pilih Kategori Rayuan yang berkaitan.
    6. Lengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan.
    7. Klik pada ruangan Berikutnya.
    8. Baca dan Pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan Akad Istitoah.
    9. Klik Ruangan HANTAR setelah semua bahagian dilengkapi.
    10. Maklumat Status Rayuan akan dipaparkan.
    11. Sila pastikan pemohon klik ruangan Muat Turun
    12. Surat Maklumbalas akan dimuat turun dan pemohon hendaklah mengiikuti dan memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan.
    13. Salinan Surat Maklumbalas Permohonan Rayuan akan dihantar ke email pemohon.

    Rayuan Haji TH 2022 : Cara Permohonan Tabung Haji Online

    Jenis Kategori & Contoh Alasan Buat Rayuan

      • Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
      • Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah)
      • Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas)
      • Isteri untuk mengikut suami Terpilih
      • Isteri untuk mengikut suami dan madu terpilih
      • Orang Kurang Upaya (OKU)
      • Bakal haji Mualaf
      • Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
      • Bakal haji Daftar lama
      • Lain-lain Rayuan

    Jenis Soalan Lazim Rayuan Haji 2022

    Perlukah bakal haji yang telah membuat rayuan pada tahun lalu membuat semula rayuan haji mereka?

    Ya. Rayuan perlu dibuat semula kerana rayuan hanya sah pada tahun semasa sahaja.

    Bolehkah bakal Haji berumur lebih 65 tahun membuat rayuan?

    Buat masa ini Kerajaan Arab Saudi menetapkan jemaah haji perlu berumur 64 tahun ke bawah pada tahun 2022. Rayuan akan dipertimbangkan sekiranya ketetapan umur ini disemak semula oleh Kerajaan Arab Saudi.

    Bagaimanakah status bagi mahram yang mendaftar bersama Bakal Haji berumur lebih 65 tahun?

    Hanya bakal haji wanita berumur 44 tahun dan ke bawah disyaratkan perlu mempunyai mahram. Bagi wanita yang memerlukan mahram, mahramnya perlu berumur 64 tahun dan ke bawah.
    Bagi bakal haji lelaki, tidak perlu mahram untuk tunai haji.

    Adakah semua jemaah haji terpilih tahun 2020 perlu membuat rayuan?

    Bakal haji tahun peruntukan 1441/2020M yang terpilih pada tahun 2020 dan berumur 64 tahun dan ke bawah, tidak perlu membuat rayuan.
    Bagi bakal haji rayuan yang terpilih pada tahun 2020 perlu membuat rayuan semula kerana rayuan hanya terpakai pada tahun semasa sahaja.

    Rayuan boleh dibuat sekarang atau perlu menunggu senarai jemaah terpilih dikeluarkan?

    Rayuan boleh dibuat melalui aplikasi THiJARI mulai 19 April 2022 dan akan tamat pada 18 Mei 2022.
    Bakal haji tidak perlu menunggu sehingga tawaran terpilih dikeluarkan untuk membuat rayuan.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad