• SMEEF 2.0 : Permohonan Dana Kecemasan PKS

    SMEEF 2.0 : Permohonan Dana Kecemasan PKS

     KUALA LUMPUR: Masalah dokumen perjanjian pinjaman menjadi antara punca Bantuan Dana Kecemasan (SMEEF 2.0) lewat diberikan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir.


    Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, berkata dalam pertemuan dengan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) serta Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), Rabu lalu, pihaknya sudah meminta supaya bayaran itu dipercepatkan.

    SMEEF 2.0 : Permohonan Dana Kecemasan PK

    Katanya, disebabkan bantuan itu berbentuk pinjaman, MIDF melantik panel peguam untuk menyediakan dokumen perjanjian.

    SMEEF 2.0 : Permohonan Dana Kecemasan PKS

    "Namun, saya sudah meminta MIDF supaya hanya menggunakan perjanjian biasa dan tidak perlu membuat dokumen seperti pinjaman korporat, kerana jumlah pinjaman hanya maksimum RM100,000.


    "Selepas dokumen perjanjian siap dan ditandatangani, bayaran boleh terus dibuat kepada pemohon.


    "Setakat ini, terdapat 149 permohonan dengan 59 sudah diluluskan sepenuhnya dan MIDF akan membuat bayaran sebelum Aidilfitri ini," katanya.


    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Festival Gaya Raya di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

    SMEEF 2.0 : Permohonan Dana Kecemasan PKS

    Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengadakan pertemuan dengan SME Corp dan MIDF, Rabu lalu, bagi mendapatkan penjelasan punca kegagalan dua agensi menunaikan janji berkaitan pemberian bantuan berkenaan.


    Noh dipetik berkata, kira-kira 200 PKS yang terkesan memohon bantuan pinjaman tanpa faedah membabitkan peruntukan RM100 juta itu dan ia sudah diluluskan, namun hingga kini tiada seorang pun menerima bayaran.


    Beliau mendakwa proses terbabit dilihat agak perlahan, sedangkan bantuan untuk usahawan dalam keadaan kecemasan tidak boleh mengikut prosedur normal.

    Permohonan SMEEF 2.0 : Bantuan Dana Kecemasan PKS

    SMEEF 2.0 adalah pinjaman tanpa faedah sebanyak RM100,000 dengan tempoh bayaran balik selama lima tahun dan diberikan moratorium setahun membabitkan peruntukan RM100 juta.


    Sementara itu berkenaan Festival Gaya Raya yang dibiayai KUSKOP pula, Noh berkata, pihaknya sangat menyokong program sedemikian kerana dapat membantu melahirkan usahawan berdaya tahan dan berdaya saing.


    Beliau berkata, penganjuran festival selama empat hari dengan sasaran 500,000 pengunjung itu berupaya membantu merancakkan semula aktiviti perniagaan supaya pertumbuhan ekonomi terus berkembang.


    "Saya percaya penganjuran festival ini juga sudah pasti akan menghidupkan semula kemeriahan sambutan Aidilfitri.


    "Saya berharap festival ini juga dapat mengembalikan semula sumber pendapatan usahawan dan memulihkan sektor ekonomi serta rantaian bekalan yang terjejas akibat pandemik COVID-19," katanya.


    Terdapat sebanyak 450 ruang pameran disediakan penganjur terdiri daripada makanan, minuman, pakaian dan produk kecantikan, selain perkhidmatan seperti perbankan serta insurans. SMEEF 2.0 : Permohonan Dana Kecemasan PKS

    Tiada ulasan

    Post Top Ad