Sunday, May 4.
  • Resepi Penang Char Kuey Teow

    Char kuey teow sememangnya hidangan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebiasaannya char kuey teow ini dikaitkan dengan kuey teow goreng basah yang dihidang dengan udang, sotong atau cebisan ayam sebagai menu popular di warung-warung. Sajian ini memang terkenal kerana sedap dan cepat disediakan sehingga menjadi pilihan utama untuk orang ramai yang ingin lepak di warung sambil berborak bersama rakan-rakan. 


    Penang Char Kuey Teow

    Resepi Penang Char Kuey Teow 

    Maksud char kuey teow ini adalah sebenarnya kuey teow goreng lantaran perkataan hokkien ‘char’ yang membawa maksud goreng atau tumis. Hidangan ini sudahpun menjadi menu popular bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara jiran juga seperti Singapura. 

    Bahan Buat Kicap:
    Air Rebusan Udang
    Sedikit sos ikan
    Gula Melaka
    Kicap Cair
    Kicap Masin
    Sos Tiram
    (Masak kesemuanya sekali sehingga menjadi satu pekatan kicap)

    Bahan Buat Pes Cili:
    Isi Udang dikisar
    Cili Kering dikisar
    Bawang Putih dikisar
    Sedikit bawang besar dikisar
    Garam
    Gula
    Sedikit minyak
    (Tumis bawang putih, bawang merah, cili Kering, udang sehingga menjadi mcm cili boh)

    Bahan-bahan buat Char Kuey Teow:

    Udang (jgn buang kulit, kepala, ekor)
    Kuey Teow
    Taugeh
    Kucai
    lada sulah jika suka
    Kerang (rebus separuh masak)
    Telor
    Minyak

    Cara Buat Penang Char Kuey Teow:

    1) Masukkan minyak, goreng 3-4 ekor udang sehingga kulit udang kemerah-merahan.
    2) Tuang 2 sudu besar kicap char kuey teow, 3 sudu besar pes cili dan kacau.
    3) Masukkan kuey teow, taugeh, kucai dan kacau.
    4) Pecah 1 biji telor dan kacau, lepas tu masukkan 1 senduk kicap char kuey teow sekali lagi dan kacau.
    5) Sedia dihidangkan bersama cili jeruk.


    Resepi Penang Char Kuey Teow 2


    Bahan untuk Pes Char Kuey Teow :

    200 gm udang (guna 12 ekor udang size L)
    250ml air (masukkan ½ cawan sahaja, sebab air rebusan dah banyak)
    4 ulas bawang putih di ketuk
    6 sudu besar sos tiram
    3 sudu kecil kicap pekat
    3 sudu besar kicap manis
    1 kiub pati ikan bilis

    *2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1 sudu kecil)
    *1 sudu kecil gula
    *** Garam dan gula secukup rasa.

    Bahan untuk Mee :

    300gm kuey teow ( untuk 3 pinggan, boleh guna yang halus tu)
    1 sudu besar cili boh
    Kerang
    Sedikit kucai & taugeh
    1 biji telur

    Cara Membuat Char Kuey Teow Pes :


    1. Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.

    2. Air rebusan jangan buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala.


     
    3. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.

    4. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.

    Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Soto Ayam
    5. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam fridge.

    Cara Menggoreng Mee :

    1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4sb paste tadi (guna 2 senduk kecil).

    2. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

    3. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.

    4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dalam 3-4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.

    Selamat mencuba Resepi Penang Char Kuey Teow .

    Tiada ulasan

    Post Top Ad