• Resepi Kuih Talam: Lapis Pandan Gula Merah Sedap

    Hari ini saya ingin kongsikan resepi kuih talam atau lapis pandan dan gula merah. resepi ini saya pelajari dari sahabat baik saya yang share via facebook. kuih lapis atau kuih talam sangat digemari oleh masyarakat Malaysia dan biasanya kuih ini disediakan di majlis. sebenarnya kuih ni saya buat 2 hari lepas tapi saya mengambil imej sahaja dan baru sempat share hari ini.

    Resepi Kuih Talam: Lapis Pandan Gula Merah

    di masyarakat malaysia kuih ni ada yang sebut kuih talam dan ada juga sebu kuih lapis, tapi apapun namanya kuih ini adalah salah satu kegemaran saya dan keluarga. rasa puas hati bila kuih yang saya buat habis dimakan oleh keluarga.

    Kuih Talam Pandan

    Kuih Talam Pandan


    bagi peminat kuih talam pandan macam ni bolehlah mencuba resepi yang saya share dibawah ini, jom kita lihat resepinya.

    Bahan Lapisan Bawah Hijau (A)

    • 2 cawan tepung beras
    • 2 cawan santan cair + sikit garam
    • 1/3 cawan tepung gandum
    • 1 sb air kapur
    • 5 cawan air pandan (10 helai daun pandan)
    • 1 cawan gula

    Bahan Lapisan Atas Putih (B)

    • 3 cawan santan
    • 1/3 cawan tepung beras
    • 4 sb tepung jagung
    • sedikit garam

    Cara Penyediaan Lapis Pandan

    1. satukan semua bahan lapisan bawah (A) kacau hingga bergentel dan tapis. dengan api sederhana masak sekejap dan kacau rata hingga gula hancur atau naik wap.

    2. siapkan acuan kemudian sapukan minyak kemudian kukus hingga masak lebih kurang 30 minit bergantung saiz bekas.

    3. campurkan semua bahan B dan kacau rata kemudian masak dengan api sederhana hingga naik wap. kemudian bila sudah masak tuangkan campuran bahan B ke atas campuran bahan A, dan kukus lagi hingga masak.

    4. agar menghasilkan permukaaan yang cantik dan rata boleh gunakan kain sebagai penutup kukusan.

    5. akhir sekali, bila sudah masak bolehlah angkat dan biarkan hingga benar-benar sejuk barulah boleh dipotong.

    Kuih Talam Gula Merah

    Kuih Talam Gula Merah


    sebenarnya cara memasak talam pandan dan talam gula merah sama sahaja yang berbeza mungkin hanya beberapa bahannya sahaja. jom kita tengok resepi dibawah ini.

    Bahan Lapisan Bawah 

    • 1 cawan gula merah  
    • 1 1/2 cawan gula
    • sedikit air
    • 1 1/2 cawan tepung beras
    • 4 1/2 cawan air
    • sedikit air kapur
    Cara Cara


    1. masak gula putih dan gula merah bersama sedikit air kemudian selepas tu sejukan

    2. bancuh tepung beras dan sedikit air kapur dengan air kemudian kacau hingga larut dan tapiskan kedalam periuk. selepas tu masak dengan api sederhana hingga agak pekat

    3. siapakan loyang yang telah disapu minyak dan tuangkan semua bahan diatas (no. 1 dan 2) tadi kemudian kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.

    Bahan Lapisan Atas

    • 3 cawan santan
    • 1 cawan tepung beras
    • sedikit garam

    Cara-Cara lapis Gula Merah


    1. satukan semua bahan dan tapis. dengan api sederhana masak bahan tadi hingga agak pekat.

    2. akhir sekali, bila sudah agak pekat tuangkan perlahan-lahan menggunakan senduk diatas bahan lapisan bawah. kemudian kukus hingga msak lebih kurang 30 minit.

    3. biarkan hingga sejuk kemudian potong-potong.

    bagaimana mudah sahaja kan resepi kuih lapis atau talam pandan dan gula merah yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad