• Resepi Kuih Talam Lapis Sagu Sedap

    Admin berkongsi Resepi Kuih Talam Lapis Sagu. Resepi Kuih Talam Lapis Sagu adalah antara hidangan minum petang yang cukup lazat. Cubalah Resepi Masakan ini..

    Kuih Talam Lapis Sagu

    Resepi Kuih Talam Lapis Sagu Sedap


    Bahan untuk lapisan bawah:
    2 cawan santan cair
    1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
    1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
    Garam secukup rasa
    Pewarna merah secukupnya

    Cara menyediakan Kuih Talam Lapis Sagu:
    1. Sapu acuan dengan minyak dahulu.
    2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
    3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
    4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.

    Bahan untuk lapisan atas Kuih Talam Lapis Sagu:
    3 cawan santan pekat
    1 cawan tepung beras
    2 sudu besar tepung jagung
    1 sudu teh garam

    Cara menyediakan:
    1. Gaul semua bahan supaya rata.
    2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
    3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
    4. Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.

    Selamat mencuba resepi Kuih Talam Lapis Sagu Sedap.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad