• Petua Untuk Lelaki Lemah Tenaga Batin

    Petua Untuk Lelaki Lemah Tenaga Batin. Anda sebagai suami, jangan tewas di ranjang setiap kali bersama isteri. Mungkin anda perlu mengambil herba kuat untuk lelaki bagi menyelesaikan masalah ini!

    Lemah Tenaga Batin


    Ini kenyataan yang sangat membimbangkan di mana lelaki bermasalah lemah batin cenderung berdiam diri tanpa memikirkan solusi untuk itu.

    Petua Untuk Lelaki Lemah Tenaga Batin

    Sebenarnya, anda mungkin boleh menyelesaikannya dengan rawatan dan ubatan moden atau dengan mencuba herba untuk tenaga batin lelaki.


    Lelaki & masalah lemah batin


    Masalah lemah batin bukanlah satu perkara yang asing lagi kerana ramai lelaki yang mengalami isu ini namun tidak gemar untuk mengakui tentangnya.


    Antara masalah seksual yang mungkin sering dialami oleh golongan lelaki termasuklah ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang serta lemah libido.


    Kaedah perubatan moden seperti pengambilan ubatan bernama Viagra adalah salah satu rawatan terbaik selain penggunaan herba tradisional.


    Persoalannya, adakah herba kuat untuk lelaki ini benar-benar akan mendatangkan sebarang kesan yang positif? Jom teruskan membaca artikel!

    Petua Untuk Lelaki Lemah Tenaga Batin

    Afrodisiak & herba kuat untuk lelaki


    Sebelum wujudnya Viagra, ramai individu yang menggunakan cara tradisional yakni herba untuk tenaga batin lelaki bagi menyelesaikan masalah ini.


    Namun, ada satu unsur yang harus ada di dalam herba kuat untuk lelaki ini iaitu afrodisiak yang dipercayai sangat bagus untuk tenaga batin kaum Adam.


    Berikut merupakan beberapa contoh herba kuat untuk lelaki yang anda mungkin boleh cuba:


    1. Ginseng merah


    Sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina dan Korea, ia turut dikenali sebagai Ginseng Panax dan dipercayai bagus untuk tenaga batin lelaki.


    Ini ekoran ia adalah salah satu afrodisiak yang bertindak sebagai antioksidan dan akan merembeskan oksida nitrik (NO) untuk menyelesaikan masalah lelaki.


    Antara masalah yang mungkin mampu diselesaikan adalah ereksi tidak kuat serta ejakulasi pramatang, selain beberapa masalah lain yang berkaitan.


    Namun, ketahuilah bahawa ia mungkin berbahaya jika diambil bersama alkohol, kafein dan ubatan tertentu. Jadi sila berbincang dengan doktor terlebih dahulu.


    2. Halia putih


    Terkenal di negara Uganda di benua Afrika, Mondia whitei adalah sejenis ubat herba yang turut digunakan untuk merawat lelaki bermasalah tenaga batin.


    Ini kerana ia dipercayai mampu meningkatkan libido lemah selain juga bagus untuk masalah lelaki yang lain seperti ereksi tidak kuat serta ejakulasi pramatang.


    Disebabkan kepercayaan terhadap keberkesanan herba ini, ia telah dijadikan sebagai minuman keras bernama Mulondo Wine khas buat lelaki bermasalah.


    Namun, ketahuilah bahawa herba ini mungkin diuar-uarkan dengan hebat sehingga menutup kenyataan bahawa ia mungkin kesan daripada plasebo sahaja.


    3. Maca


    Maca atau nama saintifiknya Lepidium meyenii yang berasal dari Peru ini sangat tinggi dengan kandungan asid amino, zat besi, iodin dan magnesium.


    Dalam satu kajian makmal, didapati bahawa ekstrak herba ini mungkin mampu meningkatkan prestasi seksual, namun masih memerlukan kajian lanjut.


    Selain itu, ia turut dikatakan berbahaya jika diambil dengan banyak oleh pesakit tekanan darah tinggi kerana ia boleh meningkatkan lagi hipertensi tersebut.


    4. Yohimbine


    Yohimbine, sejenis herba yang berasal dari Afrika Barat ini sudah digunakan sejak zaman berzaman lagi untuk menyelesaikan masalah tenaga batin lelaki.


    Menurut sebuah kajian pada sekumpulan lelaki, 14% yang mengambil herba untuk tenaga batin lelaki ini berjaya untuk meningkatkan kemampuan seksual.


    Ia mungkin disebabkan oleh kombinasi di antara herba ini dengan L-arginine (asid amino yang berfungsi mengembang salur darah pada zakar lelaki).


    5. Ginkgo biloba

    Akhir sekali, ada sebuah kajian yang mengatakan 76% lelaki yang mengambil herba ini mampu menyelesaikan masalah ereksi dan ejakulasi mereka.

    Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis herba kuat untuk lelaki yang diekstrak dari sebuah pokok dan sangat terkenal di negara Cina dan benua Asia.

    Ia juga wujud dalam bentuk kapsul yang boleh diambil seperti ubatan harian namun berisiko untuk mengalami pendarahan dalaman yang sukar untuk dihentikan.

    Perlukah ambil herba untuk tenaga batin lelaki?

    Konklusinya, kita semua tahu bahawa herba merupakan kaedah rawatan atau ubatan alternatif yang masih belum dapat dipastikan kesahihannya.

    Meskipun sudah banyak kajian yang mengatakan ia bagus untuk lelaki bermasalah seksual, namun ketahuilah bahawa ia mungkin sekadar efek plasebo yang tidak bagus untuk anda.

    Sebaiknya, segera berjumpa doktor jika anda mengalami masalah tenaga batin lelaki seperti ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang, lemah libido dan sebagainya.


    Artikel ini telah disemak oleh panel Perubatan Hello Doctor dan telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad