Cara Buat Ayam Goreng Tandoori Mudah dan Sedap
Kali ini admin ingin berkongsi Resepi Ayam Goreng Tandoori. Resipi Ayam Goreng Tandoori ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini.
Ayam Goreng Tandoori Mudah dan Sedap
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang
Bahan-bahan:
1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
Garam secukup rasa
Sambal Merah:
200 gm cili kering - dikisar
200 gm bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
Minyak
Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Sambal Merah:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.
Resepi Ayam Tandoori
Bahan:
1. Daging ayam yang perlu ialah 4 bahagian peha penuh. (anda boleh boleh dapati di pasaraya tempatan dengan harga Basuh dan buang kulitnya. Kelar dengan pisau yang tajam 3-4 pada daging yang tebal.
2. Untuk penerapan (marinate).
a. 1 tsp serbuk cili.
b. Sedikit garam (1/4 tsp).
c. 1 sudu perahan air lemon atau limau.
cara : Gaulkan semua bahan diatas dan sapu didalam kelaran-kelaran daging ayam, supaya penerapan akan berlaku lebih pada isi daging ayam keseluruhan.
BAHAN-BAHAN PENERAPAN AYAM TANDOORI:
1. 6 tsp Yogurt Asli (boleh didapati dengan berbagai tanda nama seperti Nestle dll.). Guna Yogurt yang pekat supaya campuran ini tidak berair. biasanya 1 sudu teh intuk satu peha ayam.
2. 2 tsp. campuran paste halia bawang putih. (5 ulas bawang putih dan 3 cm halia ditumbuk lumat atau dikisar).
3. 2 tsp serbuk cili atau mengikut kepedasan yang anda inginkan.
4. 1/2 tsp garam masala (boleh didpati dikedai rempah kalau tiada gunakan serbuk kari daging).
5. 1 tsp serbuk rempah (coriander powder) sekiranya tiada gunakan biji ketumbar, goreng tanpa minyak dan kisarkan).
6. 1/2 tsp serbuk lada hitam.
7. 1/4 serbuk kunyit.
8. 1 sudu tsp pewarna merah.
Cara membuat Ayam Tandoori:
1. Campurkan semua bahan-bahan di atas. Campuran perlu pekat sedikit. JANGAN TAMBAH AIR.
2. Selepas sebatikan dengan daging ayam. Masukan sedikit minyak masak. 2 tsp memadai. Peramkan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum mula membakar.
3. Kebiasaan kita tidak mempunyai “Tandoor” atau dapus khas untuk membakar. Kita gunakan oven untuk bakar tandoori ini. Untuk membakar dalam oven kita perlu gunakan bekas. Melapikan bekas bakar itu dengan meletakan potongan carrot/ atau celery supaya daging ayam yang kita membakar itu tidak terlekat pada bekas bakar dan ada ruang di antara bekas dan daging ayam yang akan mengeluarkan air yang banyak.
4. Bakar selama 25-35 minit dibawah suhu 230 C. selepas 20 minit pertama perikasa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di atas permukaan ayam tadi untuk glaze. Masa masak terpulang pada saiz maka awas jangan sampai hangus.
5. Sekiranya anda punyai grill di rumah ayam yang telah masak di ketuhar/ oven boleh dipindahkan kepada grill untuk mendapatkan rupa pembakaran permukaan daging ayam yang cantik.
Tiada ulasan