• Cara Masak Nasi Ayam Gepok Pedas Berapi Padu

    Cara Masak Resepi Nasi Ayam Gepok Pedas Berapi Padu

    Resepi kali ini merupakan satu resepi franchise yang berasal dari negara Indonesia. Nasi ayam gepok adalah satu jenama nasi ayam geprek yang sangat terkenal di Indonesia. Ianya dinamakan geprek kerana ayam yang digoreng tepung akan dilenyek menggunakan lesung batu Indonesia atau dengan nama lainnya ialah gobek. 

    Selepas itu ayam itu akan digaul dengan sambal yang sangat pedas kerana menggunakan cili api merah yang terkenal dengan tahap pedas melampaunya. 

    Resepi Nasi Ayam Gepok

    Resepi Nasi Ayam Gepok Pedas Berapi Padu

    Biasanya nasi ayam gepok ini dihidang dengan hirisan timun, daun kobis atau kacang panjang yang dijadikan ulam. Berbeza dengan nasi ayam penyet kerana ia tidak dihidang bersama sup. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini.


    Bahan-Bahan Ayam Geprek

    ½ ekor ayam diptong beberapa bahagian

    3 ulas bawang putih cincang

    1 sudu kecil garam

    2 sudu kecil jus limau

    Tepung goreng ayam segera

    15-20 biji cili padi merah

    3 ulas bawang merah

    3 ulas bawang putih

    3 ulas cili merah

    1 biji tomato

    Garam dan gula secukup nya

    2 sudu besar serbuk kacang badam


    Cara Sediakan Nasi Ayam Gepok

    Bersihkan ayam terlebih dahulu dan perap selama 15 minit di dalam suatu bekas

    Sementara itu, didalam bekas lain, masukkan tepung goreng ayam.

    Goreng ayam sehingga garing dibahagian luar dan masak dinbahagian dalam.

    Toskan.

    Kemudian goreng semua bahan sambal kecuali serbuk kacang  badam, apabila bahan telah layu, keluarkan semua bahan.

    Masukkan kedalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat.

    Namun jika anda tidak rajin anda boleh mengisar sahaja sehingga halus.

    Akhir sekali keluarkan sambal dari pengisar dan curah dengan minyak panas.

    Sebelum dihidangkan, ambil ayam yang telah digoreng dan tumbuk dengan lesung batu agar ianya pecah barulah ditambah sambal ayam geprek tadi.

    Hidang bersama nasi , hirisan timun atau apa sahaja ulam yang anda suka.

    Siap!


    Cara Masak Sambal Nasi Ayam Gepok

    Sambal ayam gepuk ini tidak ditumis, ianya hanya dicurah dengan minyak masak yang panas mendidih, itu  salah satu sebab sambalnya sangat pedas. Tetapi bagi meredakan kepedasannya perkongsian kali ini ini mengunakan versi sambal bersama serbuk kacang badam atau anda boleh juga menggunakan serbuk kacang tanah sahaja. Diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini sebagi hidangan keluarga anda, jangan lupa mencuba ye!

    Selamat mencuba Resepi Nasi Ayam Gepok Pedas Berapi

    Tiada ulasan

    Post Top Ad