• Resepi Sup Kambing Mamak Padu dan Mudah

    Sup kambing atau sup kambing merupakan sup kambing yang lazim dijumpai dalam hidangan Indonesia dan Malaysia. Ia dihidangkan dengan daging kambing, tomato, saderi, daun bawang, halia, buah keras dan daun limau, manakala supnya berwarna kekuningan.

    Di Malaysia, sup kambing dikaitkan dengan komuniti India Muslim (Mamak) dan dipercayai berasal dari India. Di Singapura pula, sajian ini turut dikaitkan dengan masyarakat India Islam di pulau itu.

    Resepi Sup Kambing Mamak Padu

    Resepi Sup Kambing Mamak Padu dan Mudah

    Kali ini admin berkongsi Resepi Sup Kambing Mamak. Sup Kambing Mamak adalah antara hidangan yang cukup lazat. Cubalah Resipi Masakan ini..

    Penyediaan: 20 minit | Memasak: 40 minit 60 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang

    Cara Buat Sup Kambing Mamak yang Padu

    Bahan-bahan:

    1 kilo kambing (rusuk)

    2 s/b minyak masak

    3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]

    4 biji kentang [belah 4]

    1 batang carrot [potong kecil]

    1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]

    5 cawan air

    1 batang serai [ketukkan]

    Garam

    Bawang goreng


    Bahan tumbuk:

    7 ulas bawang merah

    3 ulas bawang putih

    3 sm halia

    1 s/k lada hitam


    Bahan rempah tumis:

    1 inci kulit kayu manis

    2 kuntum bunga lawang

    5 kuntum bunga cengkih

    2 biji buak pelaga


    Cara sediakan Sup Kambing Mamak:

    1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.

    2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.

    3. Masukkan rempah sup/kurma, kambing dan kacau rata.

    4. Masukkan air, serai dan garam. Biarkan mendidih.

    5. Masukkan kentang, carrot biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.

    6. Tutup api dan angkat.

    7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

    Selamat mencuba Resepi Sup Kambing Mamak Padu.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad