• Cara Buat Daging Dendeng Berlado memang Padu

    Resepi Daging Dendeng Berlado memang Padu. Masakan Padang bukanlah asing lagi bagi rakyat Malaysia. Menu-menunya memang menaikkan selera terutamanya bagi penggemar hidangan bercili. Salah satu menu yang paling digemari ramai adalah Dendeng Daging Berlado. Kombinasi daging yang garing dan dimakan bersama sambal berlado yang sememangnya membuka selera.

    Cara Buat Daging Dendeng Berlado memang Padu

    Resepi Daging Dendeng Berlado

    Disini admin nak berkongsi Resepi Daging Dendeng Berlado. Resipi Daging Dendeng Berlado ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

    Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 40 Minit Keseluruhan: 60 Minit | Jumlah Hidangan: 8-10 Orang

    Cara Buat Daging Dendeng Berlado memang Padu

    Bahan-bahan:

    1 kg daging lembu

    7 ulas bawang merah (hiris)

    10 ulas bawang putih (hiris)

    3 helai daun limau purut

    2 helai daun salam

    2 biji tomato (hiris nipis)

    Sedikit air asam jawa

    20 tangkai cili merah (tumbuk kasar)

    Minyak masak

    Garam dan gula secukupnya

    2 batang serai (ketuk)


    Cara sediakan Daging Dendeng Berlado:

    1. Rebus daging lembu sampai empuk. Biar sejuk kemudian potong nipis.

    2. Selepas itu masukkan daging ke dalam kuali dan direbus bersama-sama dua cawan air, bawang putih, bawang merah, serai, daun limau, daun salam, air asam jawa, gula dan garam.

    3. Kemudian angkat daging dan tumbuk hingga nipis.

    4. Kemudian goreng daging hingga garing dan ketepikan.

    5. Panaskan minyak masak, kemudian tumis cili merah dan tomato hingga garing.

    6. Kemudian masukkan daging dan gaul hingga rata bersama sambalnya dan masukkan garam dan gula.

    Cara Buat Daging Dendeng Berlado memang Padu.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad