• Cara Masak Nasi Lemak Basmathi Sedap dan Mudah

    Kali ini admin berkongsi Resepi Nasi Lemak Basmathi Mudah. Nasi Lemak Sedap ni adalah antara menu yang cukup sedap dan popular dikalangan masyarakat Malaysia. Cubalah Resepi Masakan ini.. 

    Cara Masak Nasi Lemak Basmathi Sedap dan Mudah

    Cara Masak Nasi Lemak Basmathi Sedap dan Mudah

    Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit   
    60 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang 

    Bahan-bahan nasi lemak:

    2 cawan beras basmathi
    1 cawan santan dan 1 1/4 cawan air
    1 helai daun pandan - disimpul
    3 hirisan halia
    Garam secukup rasa
     

    Bahan-bahan untuk sambal nasi lemak:

    2 cawan ikan bilis
    20 tangkai cili kering dikisar halus
    3 labu bawang besar juga dikisar halus
    3 bawang merah
    2 bawang putih
    Sedikit halia
    1 cawan air asam jawa
    2 labu bawang besar dimayang kasar
    2 sudu besar gula
    Garam secukup rasa
    Sedikit belacan

    Cara menyediakan sambal nasi lemak:

    1) Goreng ikan bilis bersama bawang besar yang telah dihiris untuk seketika. Tidak perlu goring sampai garing. Secukup sekadar nampak kelayuan.
    2) Kisarkan cili kering, 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, sepotong halia dan sedikit belacan.
    3) Tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dengan api pelahan. Kacau sesekali dan apabila kelihatan sedikit garing, tambahkan air mengikut kuantiti kuah yang cukup. Biarkan lagi sehingga mendidih dan nampak seperti pecah minyak dan warna kelihatan merah cantik.
    4) Masukkan 2 sudu besar gula, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing.
    5) Setelah berpuas hati, masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah digoreng tadi. Kacau untuk seketika bagi rasa itu diserap.
    6) Setelah sambal itu nampak sudah cukup pekat, api boleh ditutupkan dengan segera.

    Cara buat nasi lemak basmathi:  

    1) Rendam beras itu selama lebih kurang 20 minit sebelum masak.
    2) Basuh beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia dan daun pandan yang disimpul.
    3) Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. 
    4) Boleh dihidangkan dengan telur rebus, timum, kacang dan ikan bilis goring.


    Nasi Lemak Sambal Sotong Sedap

    Bahan-bahan:

    200gm beras biasa 

    200ml santan 

    200ml air 

    2sm halia- diketuk 

    1 batang serai- diketuk 

    2 ulas bawang merah | dicencang halus 

    1 sudu teh lada hitam (biji) 

    2 helai daun pandan | disimpul 

    1 sudu makan minyak 


    Cara menyadiakan:  

    1. Basuh beras dan toskan ia

    2. Selepas itu, masukkan ia ke dalam periuk diikuti dengan santan, air dan garam secukup rasa.

    3. Kemudian, masukkan daun pandan, halia, serai, bawang dan lada hitam.

    4. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga rata dan biarkan ia masak.

    5. Hidangkan bersama telur rebus dan sambal. Sedia dinikmati. 


    SAMBAL SOTONG 


    Bahan-bahan:

    2 ekor sotong besar 

    10 tangkai cili kering | dikisar 

    2 ulas bawang merah | dikisar 

    1 ulas bawang putih | dikisar 

    2sm belacan | dikisar 

    2 sudu makan gula merah 

    2 helai daun limau purut 

    3 sudu makan air asam jawa 

    50ml air 

    Garam secukup rasa 


    Cara menyediakan: 

    1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisaran ke dalam kuali. Tumis ia sehingga pecah minyak.

    2. Kemudian, masukkan belacan dan sotong yang telah dihiris.

    3. Kacau sebentar dan biarkan ia mendidih. Kemudian, masukkan daun limau purut, air asam jawa, gula merah dan garam secukup rasa.

    4. Masak sehingga sambal agak kering sedikit.

    5. Setelah masak, hidangkan sambal sotong bersama nasi lemak, kacang goreng, ikan bilis dan telur rebus.

    6. Sedia dinikmati.

    Selamat mencuba Resepi Nasi Lemak Basmathi Sedap dan Mudah.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad