Cara Buat Kuih Lopes Sedap dan Mudah
Mengidam nak makan kuih lopes tapi tercari-cari resipi yang paling mudah untuk dibuat? Haa, ini dia cara buat kuih lopes yang paling senang untuk dicuba. Kalau ikut cara ini, tak perlu susah-susah kukus pulut dan tak perlu gulung dalam daun pisang. Sekejap je dah siap buat!
Resepi Kuih Lopes Sedap dan Mudah
Admin berkongsi Resepi Kuih Lopes sedap dan mudah. Kuih Lopes adalah antara kuih tradisional orang melayu, menggunakan pandan asli untuk menaikkan aroma. Hidangan ini cukup popular sebagai juadah berbuka puasa atau moreh.
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minitKeseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 4
Bahan-bahan Kuih Lopes:
3 cawan beras pulut2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1/2 sudu teh garam
Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
Daun pisang
Bahan untuk air gula:
Daun Pandan
Gula melaka
Air
Cara buat Kuih Lopes
1. Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.2. Panaskan pengukus, potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yang telah dimasak tadi, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.
3. Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka.
Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yang ditegangkan.
Bahan-bahan:
2 cawan pulut ( nak sedap guna pulut susu )
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan
1/2 s/k air kapur makan
1/2 s/k garam
Beberapa titis pewarna hijau
Kelapa parut putih gaul dengan sedikit garam..untuk salut
Cara-cara:
Bersihkan beras pulut,rendam pulut dengan air,pewarna hijau dan air kapur selama 4-5 jam
Sementara itu kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air,ketepikan dulu
Kemudian toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang
Lepas itu masukkan santan cair,garam dan air daun pandan,gaul rata
Bila air kukusan dah betul2 mendidih, boleh lah di kukus selama 20 minit,keluarkan loyang,gaul rata pulut hingga sebati
Kemudian kukus lagi selama 30 minit sehingga pulut masak,setelah pulut masak,masukkan ke dalam bekas plastik 4 segi atau bulat,tekan adunan pulut bagi padat dengan plastik atau pun senduk,sejukkan
Bila pulut dah sejuk,tekapkan dgn acuan yang di sukai ( nak balut dgn daun pisang pon boleh,lagi sedap dan wangi bau kuih )
Bahan-bahan untuk air gula
3 ketul gula melaka
5 s/b gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan di simpul
Satukan ke semua bahan dalam kuali atau periuk,masak hingga gula larut,mendidih dan sedikit pekat,tutup api.
Selamat mencuba Cara Buat Kuih Lopes Sedap dan Mudah!
Tiada ulasan