• Kalendar 2022/ 2023 Malaysia Senarai Cuti Umum dan Cuti Sekolah

    Kalendar 2022/ 2023 Malaysia senarai cuti umum dan cuti sekolah. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perincian bagi jadual cuti umum, cuti negeri di Malaysia dan cuti serta takwim penggal persekolahan seluruh negeri bagi tahun terkini iaitu tahun 2022/ 2023 amat diperlukan bagi setiap orang kerana akan berlaku perubahan status dari pelajar, pelatih, bekerja, berkahwin dan ada anak, semuanya memerlukan komitmen dan juga perancangan.

    Kalendar 2022 Malaysia

    Kalendar dan hari kelepasan AM Persekutuan dan hari kelepasan AM setiap Negeri di Malaysia bagi tahun 2022 akan membantu orang ramai termasuk kakitangan kerajaan, kakitangan swasta membuat perancangan awal yang melibatkan peruntukkan cuti tahunan masing-masing untuk pelbagai kegunaan antaranya percutian bersama keluarga ataupun sebagainya.

    Kalendar Kuda & Cuti Sekolah 2022

    Selain itu, Kalendar 2022 juga akan melengkapkan pengurusan masa yang membawa maksud kepada usaha seseorang itu memanfaatkan masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Untuk itu, masa perlulah diurus secara cekap, tepat, dan berjadual.

    Bagi pelajar pula, jadual cuti sekolah dan takwim penggal persekolahan Malaysia Tahun 2022 adalah amat penting. Kebiasaannya, pelajar-pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang menyediakan jadual waktu belajar masing-masing. Mereka lebih bersedia, terutama semasa menghadapi musim peperiksaan, tidak berasa gementar dan tidak mengalami tekanan perasaan.

    Faktor ini disebabkan mereka mempunyai masa yang cukup dan terancang dalam mengulang kaji pelajaran. Persiapan awal mereka, bak kata pepatah ‘Sediakan payung sebelum hujan’, banyak membantu individu pelajar ini mencipta kejayaan dalam pelajaran masing-masing.

    Kalendar 2022 Malaysia Senarai Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Serta Takwim Penggal Persekolahan

    Perincian perkara-perkara cuti di Malaysia bagi tahun 2022 penting untuk orang ramai untuk membuat semakan kelayakan bercuti masing-masing. Penjanaan cuti adalah merangkumi hari kelepasan AM Persekutuan dan juga hari kelepasan AM negeri yang betul, tepat dan rasmi.

    Oleh itu,  bagi memudahkan orang ramai membuat semakan kelayakan tarikh-tarikh cuti Umum dan Cuti Am mengikut negeri masing-masing terutamanya melibatkan cuti sambutan ataupun perayaan bagi tahun 2022, perkara-perkara cuti telah diperincikan mengikut bulan.

    Kalendar serta jadual cuti umum dan negeri ini sekali gus dapat membantu orang ramai merancang tarikh percutian dengan lebih efisen, membuat tempahan tiket penerbangan, memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis pertunangan atau perkahwinan atau sebagainya pada tahun 2020.

    Sekiranya berlaku perubahan dan pindaan rasmi terhadap tarikh cuti yang telah dinyatakan dalam jadual akan dikemaskini dengan kadar segera.

    Di bawah merupakan jadual maklumat perincian senarai cuti sambutan dan perayaan merangkumi hari kelepasan AM Persekutuan (cuti umum) dan Hari Kelepasan AM negeri (cuti negeri) di Malaysia serta lampiran kalendar bagi tahun 2022/ 2023.

    Kalendar 2022/ 2023 Malaysia Senarai Cuti Umum dan Cuti Sekolah

    Januari 2022

    Senarai Cuti Bulan Januari 2022

    • 1 Januari 2022 (Sabtu) Tahun Baru 2022 : Semua negeri. kecuali Kelantan, Kedah, ,Perlis, Johor dan Terengganu
    • 14 Januari 2022 (Jumaat) : Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan
    • 18 Januari 2022 (Selasa) Hari Thaipusam : Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang
    Cuti Sekolah 2022
    Februari 2022

    Senarai Cuti Bulan Februari 2022

    • 1 Februari 2022 (Selasa) : Hari Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan
    • 1 Februari 2022 (Selasa) : Tahun Baru Cina -Semua Negeri
    • 2 Februari 2022 (Rabu) : Tahun Baru Cina (Hari Kedua) – Semua Negeri
    Kalendar Kuda 2022
    Mac 2022

    Senarai Cuti Bulan Mac 2022

    • 1 Mac 2022 (Selasa) : Israk dan Mikraj – Negeri Sembilan, Kedah Dan Perlis
    • 4 Mac 2022 (Jumaat) : Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu -Terengganu
    • 23 Mac 2022 (Rabu) : Hari Keputeraan Sultan Johor – Johor
    Kalendar 2022
    April 2022
    • 3 April 2022 (Ahad) : Awal Ramadhan* – Johor, Kedah dan Melaka
    • 15 April 2022 (Jumaat) : Good Friday – Sabah dan Sarawak
    • 15 April 2022 (Jumaat) : Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
    • 19 April 2022 (Selasa) : Hari Nuzul Al-Quran -Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
    • 26 April 2022 (Selasa) : Hari Keputeraan Sultan Terengganu-Terengganu
    Kalendar Kuda & Cuti Sekolah 2022
    Mei 2022

    Senarai Cuti Bulan Mei 2022

    • 1 Mei 2022 (Ahad) : Hari Pekerja-Semua Negeri
    • 3 Mei 2022 (Selasa) : Hari Raya Puasa (Aidilfitri)*- Semua Negeri
    • 4 Mei 2022 (Rabu) : Hari Raya Puasa (Aidilfitri) Hari Kedua* – Semua Negeri
    • 15 Mei 2022 (Ahad) : Hari Wesak- Semua Negeri
    • 17 Mei 2022 (Selasa) : Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis – Perlis
    • 22 Mei 2022 (Ahad) : Hari Hol Pahang – Pahang
    • 30 Mei 2022 ( Isnin) : Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Sabah dan Labuan
    • 31 Mei 2022 (Selasa) : Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Sabah dan Labuan
    Cuti 2022
    Jun 2022

    Senarai Cuti Bulan Jun 2022

    • 1 Jun 2022 (Rabu) : Perayaan Hari Gawai Dayak – Sarawak
    • 2 Jun 2022 (Khamis) : Perayaan Hari Gawai Dayak – Sarawak
    • 6 Jun 2022 (Isnin) : Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong – Semua Negeri
    • 19 Jun 2022 (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Kedah – Kedah
    Kalendar Kuda
    Julai 2022

    Senarai Cuti Bulan Julai 2022

    • 7 Julai 2022 (Khamis) : Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia – Pulau Pinang (Penang)
    • 9 Julai 2022 (Sabtu) : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang – Pulau Pinang (Penang)
    • 9 Julai 2022 (Sabtu) : Hari Arafah – Terengganu
    • 10 Julai 2022 (Ahad) : Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha *Semua Negeri
    • 11 Julai 2022 (Isnin) : Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha (Hari Kedua) Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu
    • 22 Julai 2022 (Jumaat) : Hari Sarawak – Sarawak
    • 30 Julai 2022 (Sabtu) : Awal Muharam – Semua Negeri
    • 30 Julai 2022 (Sabtu) : Hari Keputeraan Sultan Pahang – Pahang
    Kalendar Kuda
    Ogos 2022

    Senarai Cuti Bulan Ogos 2022

    • 24 Ogos 2022 (Rabu) : Hari jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka – Melaka
    • 31 Ogos 2022 (Rabu) : Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) – Semua Negeri
    Kalendar Kuda & Cuti 2022
    September 2022

    Senarai Cuti Bulan September  2022

    • 3 Sept 2022 (Sabtu) : Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – Johor
    • 16 Sept 2022 (Jumaat) : Hari Malaysia- Semua Negeri
    Kalendar Sekolah 2022
    Oktober 2022

    Senarai Cuti Bulan Oktober  2022

    • 1 Oktober 2022 (Sabtu) : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah – Sabah
    • 8 Oktober 2022 (Sabtu) : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak – Sarawak
    • 9 Oktober 2022(Ahad) : Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)- Semua Negeri
    • 24 Oktober 2022(Isnin) : Hari Deepavali – Semua Negeri kecuali Sarawak
    Kalendar Sekolah
    November 2022

    Senarai Cuti Bulan November 2022

    • 4 November 2022 (Jumaat) : Hari Keputeraan Sultan Perak – Perak
    • 11 November 2022 (Jumaat) : Hari Keputeraan Sultan Kelantan – Kelantan
    • 12 November 2022 (Sabtu) : Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua)- Kelantan
    Disember 2022

    Senarai Cuti Bulan Disember 2022

    • 11 Disember 2022 (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Selangor – Selangor
    • 25 Disember 2022 (Ahad) :Hari Krismas – Semua Negeri
    Kalendar 2022/ 2023 Malaysia Senarai Cuti Umum dan Cuti Sekolah. Sumber asal Kalendar Kuda 2022 / copyright: www.apicel.com.my

    Tiada ulasan

    Post Top Ad