Cara Masak Resepi Mee Rebus Haji Wahid Johor
Cara Masak Resepi Mee Rebus Haji Wahid Johor
Resepi Lengkap Mee Rebus Hj Wahid Johor. Sudah lama benar tak merasa makan mee rebus. Selalunya kalau balik kampung, kami akan ke kedai bapa saudara untuk sarapan pagi. Kalau nasib menyebelahi, dapatlah merasa mee rebus haji wahid. Tapi beliau jarang masak mee rebus nie.
Resepi Mee Rebus Haji Wahid Johor
Susah-susah sangat, timbullah idea untuk masak sendiri jer mee rebus. Puas hati. Makan la sampai puas. Nak kata reti masak tu jauh sekali sebab tak pernah pun masak mee rebus. Jalan penyelesaiannya, mintalah pertolongan dari Mr/Mrs Google.
Berikut cara resepi mee rebus haji wahid:
Bahan-bahan Mee Rebus
- 2kg mee kuning
- 1/2 kg daging / tetel / tulang (Rebus daging dan tetel di hiris)
- 4 biji keledek (di rebus & kisar)
- 1 cawan tauco (di kisar)
- 1/2 cawan udang kering (di rendam & kisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 6 ulas bawang merah (dikisar)
- 1 inc halia (di kisar)
- 1 inc lengkuas (di hiris)
- 3 batang serai (di ketuk)
- 5 sudu rempah kari daging
- 2 keping asam keping
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit minyak
- Sedikit cili giling
Bahan-bahan: (Kerupuk Udang) Mee Rebus Haji Wahid
- 1/2 cawan udang kering (rendam dan kisar)
- 1/2 cawan udang pepai
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu teh kunyit serbuk
- 1 biji telur
- secubit garam
Bahan-bahan: (Hiasan)
- Taugeh
- Tauhu
- Telur rebus
- Cili hijau & cili merah
- Limau kasturi
- Daun bawang
- Bawang goreng
- Kicap manis
Cara Lengkap Mee Rebus Hj Wahid:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai dan lengkuas. kisar sekali lengkuas bersama bahan kisar.
2) Kemudian masukkan bahan kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan serai.bagi mereka yang kisar sekali lengkuas.
Tumis hingga ia naik bau harum dan terbit minyak. Bila dah terbit minyak, masukkan udang yang kita dah kisar halus tadi. Ita kisar sekali bersama udang pepai.
3) Kemudian masak dan kacau hingga garing dan terbit minyak.
masukkan rempah kari. Anda boleh campurkan rempah dengan air dan jadikan pes. Kemudian masukkan. Goreng sampai garing. Jika terlalu kering tambahkan air. Boleh gunakan air rebusan daging. Bagi mereka yang suka pedas boleh letakkan cili kering yang di kisar.
4) Masak lagi hingga cili betul-betul garing. masukkan tulang, bagi yang menggunakan tulang. Kalau guna daging dan tetel boleh masukkan daging dan tetel. Jika guna daging batang pinang, boleh masukkan terus tanpa di rebus. Daging batang pinang ni lembut kalau kita rebus nanti dia hancur.
5) Tambahkan air dan masak hingga mesra dan daging empuk.
Bila daging dah empuk, masukkan tauco yang kita dah kisar.
Masukkan juga keledek yang kita dah kisar. Bila dah siap bolehlah peraskan dengan garam dan gula. Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana tauco dah masin. tambahkan gula Melaka bagi kuah yang rasanya lemak. juga tambahkan asam keping.
6) Dalam resepi tak menggunakan asam keping. Gula kena banyak ya sebab kuah mee rebus sedikit manis tapi bukan terlalu manis ya.Renihkan sekejap kuah hingga sedikit pekat.
7) Udang tu direndam dan kisar halus. Udang pepai tak payah kisar. Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata hingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kemudian panaskan minyak. Minyak kena betul-betul panas supaya kerupuk tidak mernyerap minyak yang banyak. Bila dah panas bolehlah coreng.
8) Cara gorengnya macam buat keriuk-keriuk masa goreng pisang. boleh titik-titik ( drop) terus dalam minyak dengan menggunakan sudu. Jangan banyak-banyak, kalau banyak jadi jemput-jemput pulak. Dia sikit-sikit. Satu lagi boleh seletkan tepi kuali nipis-nipis. Kemudian simbah dengan minyak sikit-sikit bagi dia jatuh dalam ninyak. Ikut lah mana-mana cara dan kaedah yang selesa. Bila dah garing angkat dan toskan minyaknya.
Bila dah sejuk masuk dalam bekas tertutup supaya dia senantiasa rangup.
9) Siap. Tabur kerupuk.
Resepi Mee Rebus Johor 2
Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua
Cara Menyediakan Mee Rebus Hj Wahid
Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara-cara untuk Kuah Mee Rebus Hj Wahid
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Cara untuk menghidang Mee Rebus Hj Wahid
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
Cara Masak Resepi Mee Rebus Haji Wahid Johor
Tiada ulasan