• Resepi Perut Lembu Air Asam Kelantan pasti Sedap

    Cara Masak Resipi Perut Lembu Air Asam Kelantan Sedap dan Mudah

    Air asam perut lembu sememangnya popular di Kelantan terutama semasa hari raya korban / aidil adha. Rasanya yang masam, masin, pedas menghilangkan rasa muak daging dan sangat sesuai di makan bersama nasi putih dan daging goreng kunyit.

    Perut lembu air asam merupakan salah satu menu "wajib" bagi mereka yang melakukan ibadah korban di negeri Kelantan.

    Berikut kami kongsikan resipi perut lembu air asam cara Kelantan.

    Resepi Perut Lembu

    Resepi Perut Lembu Air Asam Kelantan

    Masa persediaan: 10 minitMasa memasak: 30 minitHidangan: 5 orang


    Bahan-bahan

    Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi perut lembu air asam.

    • ½ kg perut kitab atau perut muda* yang telah dicuci
    • 4 biji limau nipis**
    • Cuka (jika perlu)
    • 5 biji bawang merah
    • 8 biji cili padi
    • 1 inci belacan
    • Garam dan gula secukup rasa
    • Air untuk merebus

    *Di Kelantan, perut muda merujuk kepada usus lembu. Perut kitab pula merujuk kepada perut yang berbulu macam tuala. Perut kitab perlu dicuci menggunakan air kapur sehingga putih.

    **Kalau nak rasa lagi sedap dan authentic, gantikan limau nipis dengan limau kerat lintang atau limau purut.


    Persediaan Bahan-bahan

    • Hiris kasar bawang merah dan potong kecil cili padi.

    Perut lembu air asam memang menyelerakan


    Cara Memasak Perut Lembu Air Asam Kelantan

    Berikut adalah cara memasak perut lembu air asam Kelantan.

    1. Rebus perut lembu dan usus. Kalau nak kurangkan lemak dan bau lembu, buang air rebusan pertama, ganti dengan air baharu dan teruskan merebus. Bila empuk, angkat dan biarkan sejuk.
    2. Untuk air asam: campurkan air rebusan perut, perahan limau nipis, hirisan cili padi, hirisan bawang merah dan belacan di dalam mangkuk. Lenyek-lenyekkan bawang, cili dan belacan dan kacau untuk mesrakan rasa. Perasakan dengan garam dan gula.
    3. Potong perut lembu kecil-kecil bila ia dah sejuk. Perut kitab potong kepada saiz 1cm x 3cm. Perut muda potong melintang sepanjang 2cm.
    4. Masukkan perut ke dalam air asam dan gaul sebati.
    5. Hidangkan panas-panas.

    Boleh la cuba resepi perut lembu air asam Kelantan bila buat korban ketika raya aidil adha nanti. Ia kaya dengan lemak tepu dan kolesterol, jadi mesti hati-hati, jangan makan banyak. Lepas makan pekena pula tapai pulut daun getah sebagai manisan pencuci mulut. Resepi Perut Lembu Air Asam Kelantan

    Tiada ulasan

    Post Top Ad