Resepi Sotong Paprik Che Nom & Azie Kitchen
Resepi Sotong Paprik Che Nom & Azie Kitchen. Paprik adalah sejenis masakan Thai yang disukai ramai, tak kiralah samada ianya paprik ayam ke, paprik daging ke, paprik udang atau seafood ke, pasti ramai yang gemarkannya. Bukan saja paprik ini sedap dan lazat, tapi ianya amat mudah untuk disediakan. Bagi saya yang penting, mesti ada daun limau purut dan sos ikan kerana bahan2 inilah yang mengharumkan lagi sesuatu masakan sotong paprik itu.
Resepi Sotong Paprik Che Nom & Azie Kitchen
Jom kita intai resipi Paprik Sotong yang marveles ini...Jom..mesti cuba tau! Kalau saya masak paprik ini, saya lebih suka ianya pekat-pekat sikit. Saya tak suka yang kuah banyak. Kuahnya mesti kelihatan kemerah-merahan sikit dengan kombinasi sos-sos yang terlibat...hehehe, barulah menyelerakkan....
Bahan-bahan Sotong Paprik Che Nom & Azie Kitchen
600 gm sotong - bersihkan, cuci dan toskan
1/2 batang carrot - belah dua dan hiris memanjang sederhana tebal
2 urat kacang panjang - dipotong 1 inci
1 biji cili capsicum hijau atau merah - dihiris sedikit tebal memanjang
2 biji tomato - dihiris memanjang atau wedges
3 ulas bawang putih - dihiris atau diketuk
1 labu bawang besar - dhiris bulat atau dipotong baji
1/2 inci halia - diketuk atau hiris halus
1 batang serai - diketuk
6 ulas cili padi - dititik (boleh lebih jika suka pedas)
3 helai daun limau purut - dicarik sikit
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos sotong atau sos ikan
Garam & gula secukup rasa
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikir air
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara memasak Sotong Paprik Che Nom & Azie Kitchen
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, serai dan cili padi sampai naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis sampai garing.
Masukkan sotong dan gaul rata
Kemudian barulah masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi
Masukkan carrot, kacang panjang dan capsicum kecuali tomato masuk lambat sikit
Rasakan kuah, sekiranya perlu perisakan dengan gula dan garam.
Masukkan tomato dan tepung jagung (yang telah dibancuh dengan sedikit air) untuk pekatkan sikit dan kacau seketika
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Sebagai menu tambahan, goreng telur dadar.
Sedap dan yummy sesangat.
- Juadah Berbuka Resepi Puding Polkadot Fruit Jelly
- 30 Menu Buka Puasa Simple dan Sedap
- Cara Buat Ayam Goreng Tandoori Mudah dan Sedap - New !!
- Cara Buat Bubur Lambuk Pantai Timur
- Cara Buat Cendol Pandan yang Sedap dan Padu
- Cara Buat Coconut Shake Viral Yang Sedap
- Cara Buat Daging Dendeng Berlado memang Padu
Selamat mencuba Resepi Sotong Paprik Che Nom & Azie Kitchen
Tiada ulasan